BACKPACKER KE SEOUL KOREA SELATAN



Seoul , Korea Selatan

      " Every great dream begin with a dreamer. Follow your dreams. The know the way."



Assalammualaikum. Hari ini saya nak share pengalaman saya dan rakan ke SEOUL, Korea Selatan pada travel yang lalu. Actually, lama dah nak tulis dan post tetapi disebabkan kekangan masa ianya asyik tertangguh. Travel kali ini saya pergi bertiga bersama rakan. Tiket dibeli sebulan sebelum waktu berlepas pada bulan Mac 2016. Bolehlah dikatakan SEOUL adalah destinasi impian kami. Ini semua pengaruh daripada cerita Winter Sonata dan Autumn In My Heart haha....Kami kumpul duit, kami buat research , kami baca blog , kami baca buku I'm  A Backpacker Korea. Yes! akhirnya kami dapat jejakkan kaki ke sini. ALHAMDULILAH !!!!!

Tips 
  1. Buat persediaan awal dengan memilih musim yang anda nak pergi. Jangan jadi macam kami tersalah musim nak pergi time spring last tak sempat. Hanya sempat dengan peralihan cuaca sahaja. Sejuk yang amat.
  2. Persediaan baju mengikut musim adalah berbeza. Contoh, time winter kene pakai baju tebal dan glove. Selain itu, long john juga kena pakai untuk menahan kesejukan. Losyen dan lip bam kene bawa disebabkan cuaca sejuk kulit akan jadi kering.
  3. Makanan disana harga boleh tahan mahalnya, disarankan untuk membawa bekal makanan dari Malaysia seperti Maggie, Spagettie, Sambal Ikan Bilis dsb.
  4. Tisu wet atau bidet kene bawa. Di Seoul, tandasnya tiada air dan hanya ada tisu.
  5. Pakai kasut sport dan bawalah extra sepasang. Disana memang banyak mendaki bukit yea. No heels and no sandal .
  6. Cafe dan restoren di Korea semuanya self service dan anda perlu kemaskan meja sendiri dan buang sampah makanan anda ke dalam tong sampah.
  7. Pilih hotel yang berhampiran dengan Subway Station taklah menapak jauh sangatkan hihii.

Selasa 8 Mac 2016 ( Hari Pertama)

Okay flight kami pada hari Selasa 8 Mac 2016 pukul 1.30 pagi. Kami berada di KLIA2 sekitar pada pukul 9.00 malam. Usai check-in luggage kami menunaikan solat dan makan terlebih dahulu. So dalam flight hanya tidur sahaja haha....tapi sebenarnya tak tidur pun sampai lah tiba di Incheon International Airport. Excited punya pasal kan!!!!!!


KLIA 2

Alhamdulilah kami sampai di Seoul pada pukul 6 pagi hari Selasa 8 Mac 2017. Setibanya kami disana, kami dijemput oleh tour guide kami seorang rakyat Malaysia yang bekerja dengan agensi pelancongan di Korea Selatan. Nice to meet u Mr.Farid!!!! Tempat tinggal kami dikawasan Gangnam ala tempat retis Kpop selalu otter-otter muka tuuu hehe..By the way dari airport ke Gangnam kami menaiki bas nombor 2o5. Dalam 1 jam 15 minit dah sampai. Dah siap check-in hotel semua , perut pun dah berjoget-joget lapar. Pit stop pertama adalah EID Halal Korean Food Restaurant. High recommended !!!!! Bulgogi disini memang sangat sedap sampai tergiang-giang rasanya sampai kini. Pit stop kedua , dah kenyang perut jom kita solat di Masjid Itaewon.  Pit stop ketiga, Myeondong untuk beli baju tebal dah tak kuat time tu. Hah tulah salah masuk musim haha !!! Pit stop keempat, minum petang di Prussian Cafe. Pit stop kelima, Sejong Story. Pintu masuk ke tempat ini dibelakang patung King Sejong di Gwanghwamun. Pit stop keenam, Cheonggyecheon Stream. 




EID Halal Food Korean Restaurant



Masjid Itaewon



Sejong Story



Sejong Story



Cheonggyecheon Stream

Rabu 9 Mac 2016 ( Hari Kedua )

Hari kedua, menuju ke Petite France dan Nami Island. Kami menaiki subway dari Gangnam Station ke keretapi ITX Gyeongchun Line dari Yongsan Station (Line 1) dan turun di Gapyeong. Dari Gapyeong naik teksi ke Petite France. Petite France adalah bangunan lama berinterpretasikan bangunan di Perancis. Seterusnya kami bergerak ke Nami Island. Destinasi impian semua yang meminati cerita Winter Sonata. Hanya 20 minit dari Petite France. Seriously, memang jatuh cinta dengan tempat ni. Jalan-jalan dan bergambar perut pun dah bernyanyi. Asian Cuisine adalah tempat makanan halal. Ayam kpop dan nasi goyang ada dijual disini. Tempat solat pun ada dan sangat selesa di Nami Island. Last feri pada pukul 5.00 petang kami gerak dan terus ke hotel.



Petite France




Petite France



Petite France




Nami Island


Nami Island


Nami Island


Nami Island


Feri ke Nami Island

Khamis 10 Mac 2016 ( Hari Ketiga )

Hari ketiga, ke Namsan Tower dengan menaiki bas dari station Chungmuro, Line 3 dan 4 exit 4. Jalan 50 meter ke hadapan terdapat hentian bas. Naik bas Namsan 02 atau 05. Dari Namsan Tower boleh nampak pemandangan bandar Seoul. Pit stop kedua, Namsan Hanok Village. Disini kami telah cuba memakai pakaian tradisional masyarakat Korea iaitu" Hanbok" yang berharga 5000 won. Singgah makan di Myeongdong. Pit stop ketiga, Buckchon Hanok Village. Tempat ini merupakan terletaknya perkampungan rumah tradisional Korea yang dikenali sebagai ‘ hanok ‘ ketika zaman Joseon Dynasty.Terletak diantara Gyeongbok Palace , Cheonggyecheon Stream dan Jongno. Rumah-rumah disini tidak semua dibuka kepada umum dan ada penduduk di Korea masih tinggal disini. Di tempat ini, ramai yang mengambil kesempatan membuat penggembaraan drama dan dokumentari. Pit stop keempat, Noryangjin Fisheries Wholesale Market  terletak di Deongjak- Gu. Lepas borong udang kami pulang ke hotel untuk masak makan malam dan rest.


Namsan Tower


Namsan Tower


Namsan Hanok Village


Namsan Hanok Village


 Buckchon Hanok Village


 Buckchon Hanok Village

Jumaat 11 Mac 2016 ( Hari Keempat )

Hari keempat , pit stop pertama ke Namdaemun Market oleh tour guide gantian, Mr Aizuddin student Malaysia yang masih belajar di Korea. Shopping time yeahh!!! Baju-baju t-shirt memang murrr...murrr dekat sini. Selain baju terdapat kedai kerongsang yang selalu orang Malaysia borong bila bercuti kesini. Pit stop kedua, Gwangjang Market tempat menjual kain cotton. Singgah makan kebab  dan menunaikan solat Zohor / Jumaat di Itaewon dan gerak balik ke hotel.


Sabtu 12 Mac 2016 ( Hari Kelima )

Hari kelima tanpa tourist guide. Kami decide gerak dan explore sendiri. Segala research digunakan pada hari ini. Pit stop pertama, ke Gyeongbokgung Palace. Pit stop kedua,Insa-Dong Art , Ssamziegil Miniature Museum ,Cheongju Korean Craft Museum. Singgah di Itaewon untuk lunch dan balik ke hotel untuk packing barang dan rest.
 


 Gyeongbokgung Palace




 Gyeongbokgung Palace


 Gyeongbokgung Palace

 Dalam kebanyakan istana di Korea, istana ini merupakan paling besar dan famous antara semua. Istana ini pernah dihancurkan pada zaman penjajahan Jepun. Istana yang ada sekarang dibina semula di atas tapak asal. Di belakang istana , ada rumah Presiden Korea, “Blue House” atau Cheonghwadae. Bayaran masuk ialah 3,000 won bersamaan Rm 9.00 untuk dewasa. Di sini ramai yang buat photoshoot pre-weeding dengan memakai baju hanbok. 





Gyeongbokgung Palace


Station Subway Angguk



Insa-Dong Art



Insa-Dong Art



Insa-Dong Art



Insa-Dong Art



Insa-Dong Art


Ahad 13 Mac 2016 ( Hari Keenam )

Hari keenam , merupakan hari terakhir di Seoul, Korea Selatan. Kami bangun pada pukul 3.00 pagi  dan check-out pada pukul 4.00 pagi. Flight ke Kuala Lumpur pada awal pagi dan selamat landing pada 3.20 petang. Pengalaman yang menarik dan pasti akan tersemat di memori selamanya.

TIPS 
  1. Penduduk Korea Selatan very-very friendly. Sekiranya tersesat anda boleh jumpa dan bertanya kepada sukarelawan berbaju merah " Travel Information" yang selalu ada ditempat attraction di Seoul. Mereka boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
  2. Di dalam subway jangan duduk sebarangan tempat contoh tempat duduk oku , orang mengandung atau wanita sahaja ( jika anda lelaki) nanti tak pasal-pasal kene tegur.
  3. Bersedialah kene berebut kalau naik subway di waktu puncak. Memang bersesakkan.
  4. Jangan lupa beli Banana Uyu sememangnya sangat sedap. Diantara minuman yang selalu pelancong cari kalau bercuti di Korea Selatan.
  5. Rujukan buku : I'm A Backpacker Korea, penulis buku Halian Azurin.


Kamsahamnida 



till we meet again

InshaAllah








1 comment:

  1. Why casinos make money from slot machines
    It is not just the slot machines, 파주 출장마사지 it is the culture and 강릉 출장안마 history of 대구광역 출장마사지 slot machines in Las Vegas and beyond. The casino has 부천 출장샵 been around since the Nov 2, 2020 · Uploaded by Casino Las 부산광역 출장샵 Vegas

    ReplyDelete

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...