PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah




" Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah"




assalamualaikum wbt

Berjumpa lagi di sini tapi berlainan entry dan kisahnya. Seperti yang saya janjikan ini merupakan kesinambungan TIPS FIRST TIME MENGERJAKAN UMRAH. Kali ini di Kota Mekah Al Mukarramah . Pengalaman first time menjejaki Tanah Haram adalah pengalaman manis walaupun ujiannya tetap ada. Tapi apa yang saya boleh gambarkan ianya sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas ialah selama 5 atau 6 jam. Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dari hotel. Sebelum bergerak hendaklah bersiap dan mandi sunat ihram di hotel. Bagi jemaah lelaki hendaklah memakai ihram terus. Perjalanan diteruskan dan berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat umrah).
Setelah bermiqat anda wajib meninggalkan 13 Larangan dalam ihram bermaksud sekiranya anda melakukannya anda wajib dikenakan dam dan harus membayarnya mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan.


Masjid Bir Ali

Seterusnya perjalanan ke Mekah diteruskan dengan membaca talbiah sepanjang jalan. "Labaikallahummalabaik Labaikalasharikalakalabaik Inailhamda Walnikmata Lakawalmulklasharikala". Inilah talbiah yang selalu saya baca menuju ke Tanah Haram. Sayu sahaja perasaan ketika ini sedih meninggalkan kota Madinah dan akan menuju ke kota Mekah. Sebelum tiba di kota Mekah saya dan jemaah lain sempat singgah di Wadi Quait untuk menunaikan solat dan makan malam. Makan malam disediakan ialah nasi arab. Ianya berbeza kerana dimakan didalam dulang yang besar beramai-ramai. 


Wadi Quait

Sedikit peringatan daripada mutawwif ramai yang dikenakan dam ketika disini kerana telah melanggar 13 larangan ihram iaitu mencuci tangan dengan menggunakan sabun. Mujurlah saya tidak begitu ....kadang-kadang mereka sudah terbiasa melakukannya tanpa disedari ianya larangan ihram. Wadi Quait destinasi terakhir sebelum ke Mekah. Berhampiran sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram.


Akhirnya pada pukul 12.30 malam kami tiba di Mekah. Sangat-sangat teruja apabila dari jauh sudah nampak Menara Jam bewarna hijau yang terletak hampir dengan Masjidil Haram. Hotel kami terletak 200 meter dari Masjidil Haram. Kawasan yang amat sibuk dengan kenderaan keluar masuk. Selepas check in kami bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah pada pukul 1.30 pagi. Bermula dari hotel kami berjalan ramai-ramai menuju ke Masjidil Haram sambil bertalbiah. Subahanallah indahnya perasaan ketika ini pertama kali menatap Kaabah. Serious macam tak percaya!!!! sehinggalah saya terjatuh di tangga berhadapan dengan Kaabah barulah tersedar ianya memang realiti bukan fantasi lagi haha...

 

Masjidil Haram , Mekah Al Mukarramah


Rukun umrah seterusnya adalah tawaf , sa'ie , bercukur / bergunting dan tertib. Ketika melakukan tawaf  suasana amat mendamaikan dan tidak perlu bersesak-sesak sedangkan jemaah ketika itu boleh dikatakan ramai juga. Dalam 15 minit dah selesai tawaf. Syukur Alhamdulilah Allah telah permudahkan urusan kami. Seterusnya kami bergerak ke Bukit Safa dan Marwah untuk menunaikan sa'ie ( berlari-lari anak sebanyak 7 kali ) . Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Selepas itu bercukur bagi jemaah lelaki dan bergunting bagi jemaah wanita. Nikmatnya tidak terkata apabila dapat menunaikan umrah pertama ( untuk diri sendiri ) dengan jayanya. Boleh pulang ke hotel dengan tenang dan gembira.


Inilah bas yang selalu lewat sampai ke setiap destinasi yang kami pergi :)

Hari seterusnya kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah , Jabal Tsur, Gua Hira di Jabal Nur, Padang Arafah , Mina , Ladang Ternakan Unta dan Muzium Senibina Dua Masjid Suci. Seperti biasa bas yang kami naiki memang paling last tiba dikesemua destinasi.I is redha... haha sabar-sabar tak boleh merungut.


Jabal Tsur


Jabal Rahmah 
( tempat pertemuan Adam dan Hawa )


Jabal Rahmah 
( tempat pertemuan Adam dan Hawa )


Muzium Senibina Dua Masjid Suci


Muzium Senibina Dua Masjid Suci


Ladang Ternakan Unta

Kami sempat ke Padang Arafah , Mina dan Mudzalifah tempat dimana jemaah haji menunaikan haji setiap tahun. Perasaan mula berdetik , Ya Allah kau permudahkanlah suatu hari nanti agar aku dapat panggilan-Mu untuk menunaikan haji pula". 


Khemah jemaah haji di Padang Arafah


Keesokan harinya kami ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah kali ke-2 ( untuk orang yang telah meninggal dunia ).



Masjid Ja'ranah


Masjid Ja'ranah

Setelah bermiqat kami pulang ke hotel dan bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kali ke-2.  Kali ini saya pergi bersama-sama jemaah wanita yang lain tanpa ahli keluarga ( mak demam , kakak mengalami sedikit masalah dan abang dia bersama jemaah lelaki ) . Seronok juga dapat menunaikan umrah bersama jemaah lain. New feeling hihiiii...


Thank you kak Gee selalu ada dengan saya. Menemani saya sepanjang umrah kali ke-2. Hari keesokannya , jemaah diwar-warkan siapa yang nak ikut ke Gua Hira'. Niat dihati nak pergi tapi disebabkan mahram saya dan yang lelain tak dapat ikut serta saya dinasihati tidak mengikuti rombongan ke Gua Hira'. Mulanya sedih juga tapi Allah telah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada keesokan harinya.( Beria-ia pi hiking ke Bukit Pelindung punya nak naik Gua Hira' haha....itulah tiada rezeki nak buat macam mana kan!!! )

Pagi keesokan harinya, saya, kakak dan abang ke Masjidil Haram dengan niat untuk masuk ke Hijir Ismail ( tempat mustajab untuk berdoa ). Akhirnya kami terpisah bila tiba di depan Kaabah. Saya dan kakak mengikut ustazah Azreen. Disaat ini memang keadaan bersesak-sesakan dengan jemaah lain yang sedang tawaf. Syukur Alhamdulilah dapat menunaikan solat Dhuha dengan selesa. Di penghujungnya terpisah juga dengan kakak. Mujur ada seorang mak cik dari agensi yang sama bersama saya untuk terus menunaikan solat Jumaat.

Usai menunaikan solat Jumaat , ketika hendak keluar dari Masjidil Haram saya bertembung dengan sekumpulan pak Arab yang tengah mengusung 15 jenazah dengan berlari-lari anak. Bezanya setiap jenazah dibaluti dengan kain bertanda yang menentukan jenazah itu dewasa , kanak-kanak dan remaja.


Hari ini merupakan hari terakhir di Mekah. Kami bersiap-siap untuk menunaikan tawaf Wi'da ( selamat tinggal). Sepatutnya dilakukan awal pagi. Oleh kerana ada jemaah lain mengalami masalah ianya ditunda awal tengahari. Memang panas teriklah. Kesihatan saya juga sedikit merundum awal pagi demam tapi kuatkan hati juga untuk melakukan tawaf Wi'da ( fikirkan bila lagi akan sampai ke sini).  Perjalanan bersambung ke Masjid Terapung di Jeddah. Berhenti makan , solat dan shopping di mall berdekatan.


Masjid Terapung , Jeddah


Masjid Terapung , Jeddah


Masjid Terapung , Jeddah

Last destinasi sebelum ke King Abdul Aziz International Airport. Perjalanan masih jauh Jeddah-Maldives-Kuala Lumpur-Kuantan. Pernerbangan banyak delay merasalah tidur di airport dan menghadap ragam pak arab imegresen yang banyak songeh. Itu tak boleh ini tak boleh. Peninglah kepala dibuatnya sampai demam balik setibanya di Maldives.



Terima kasih semua terutama kepada Ustaz Wan Hamidi , Ustazah Azreen , mutawif dan mutawifah serta jemaah lain sepanjang perjalanan umrah ini. Suka duka yang akan dikenang sepanjang hayat. Jika ada rezeki kita akan dapat bertemu kembali mungkin umrah atau haji di masa hadapan. InshaAllah. 




No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...