TRIP BRUNEI DARUSSALAM


Bandar Seri Begawan , Brunei Darussalam


" The more that you learn the more places you'll  go".


Hai !!!!! Hari ini nak share trip ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Trip kali ini atas urusan kerja. Sambil bekerja saya ambil peluang untuk berjalan-jalan juga disini. Trip ke sini selama 6 hari 5 malam. Banyak pengalaman dikutip melalui trip kali ini. Kebetulan tahap kesihatan tidak memuaskan. Hari pertama tiba demam dan batuk.

TIPS
  1. Bawa pen untuk isi declaration form dalam flight nanti.
  2. Segala bahan liquid hendaklah simpan di dalam luggage. Tidak boleh bawa hand carry. Imegresen di sini sangat ketat.
  3. Elakkan membawa transkrip atau bacaan berunsurkan keagamaan seperti tafsir. Ini kerana isi kandungan mungkin berbeza. Ada syarat-syarat tertentu yang perlu diikut sekiranya hendak membawa ke sini.
  4. Bawa kelengkapan ubat seperti panadol , ubat batuk , ubat selsema dsb.
  5. Pengangkutan utama disini ialah kereta dan bas. Motosikal jarang digunakan disini.
  6. Hari Jumaat adalah hari cuti umum dan rakyat Brunei akan keluar menziarahi kubur dan mengadakan tahlil dirumah.
  7. Di Brunei tidak boleh merokok di semua tempat kalau merokok akan kena denda $300.


Declaration Form yang perlu diisi di dalam flight


Bas di Brunei Darussalam


Hari pertama , tiba di Brunei kami check-in di hotel terlebih dahulu sebelum ke destinasi seterusnya. Oleh sebab kesihatan saya tidak baik saya hanya berehat di hotel sahaja. Di Bandar Seri Begawan tidak ada aktiviti malam dan hiburan. Kebetulan trip kali ini bertembung dengan majlis Hari Keputeraan Sultan Brunei. Bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Brunei terdapat night market selama seminggu. 


Night Market 


Night Market

Hari kedua , selesai urusan kerja kami singgah di rumah salah seorang kenalan yang tinggal di Brunei. Orang-orang Brunei sangat-sangat baik dan friendly. Pelbagai jenis makanan disediakan untuk meraikan tetamu dan hari hampir petang kami pulang ke hotel untuk rehat.

Hari ketiga , saya berkunjung ke Brunei History Center. Disini banyak info tentang asal usul bangsa di dunia. Seterusnya saya berkesempatan ke Royal Regalia Museum. Disini pelawat hendaklah menanggal kasut dan memakai selipar yang telah disediakan. Muzium ini terletak di sebelah Pusat Sejarah Brunei. Saya melihat banyak alat-alat kebesaran diraja yang dahulu sehingga sekarang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Saya berkesempatan melihat pakaian dan mahkota diraja, gantungan gambar di dinding yang diberikan sebagai cenderamata, hasil daripada lawatan rasmi Sultan ke luar negara.



Royal Regalia Museum


Royal Regalia Museum




Royal Regalia Museum


Royal Regalia Museum


Royal Regalia Museum


Brunei History Centre


Brunei History Centre

Hari keempat ,kami ke Utama Grand Mall. Actually , barangan yang dijual di import dari negeri Sarawak , Sabah dan Indonesia. Harga pun boleh tahan mahalnya. Saya sekadar cuci mata saja disini. Hari ini, dibawa ke sebuah restoren yang menghidangkan makanan tradisional iaitu ambuyat. Ambuyat ni diperbuat dari tepung ubi kanji dan dimakan bersama sayur dan kuah asam pedas. Sedap!!!!!


Utama Grand Mall



Ambuyat


Ambuyat

Hari kelima , kami berkunjung ke Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima , Kampung Ayer dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Disebelah malam , kami dijemput makan ke sebuah restoren makanan arab yang dikendalikan oleh rakan. Di bahagian atasnya terdapat pameran lukisan. 


Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima


Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima


Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima


Kampung Ayer


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin


Pameran Lukisan

Hari keenam , flight awal pagi dan kami tiba di KLIA 2 dalam tengah hari. Brunei Darulsalam semoga jumpa lagi di masa akan datang. 


Jumpa di next entri :)












BACKPACKER : VIETNAM

Ho Chi Minh City , Vietnam


"A journey of a thousand miles must begin with a single step"



Assalammualaikum . Hari ini nak share trip ke Ho Chin Minh City , Vietnam selama 7 hari 6 malam. Hah !!! agak lama juga trip kali ini dan agak puas jugalah duduk disini lama-lama. Mungkin 4 hari 3 malam is very flexsible to holiday at here. Trip kali ini berlima dengan family dan seorang rakan. Menaiki kapal terbang Air Asia kami selamat sampai pada pukul 2.20 petang di International Airport Saigon.

TIPS
  1. Bawa bekalan makanan kering seperti Maggie , biskut, serunding daging dan sambal ikan bilis dari Malaysia kerana harga makanan di sini agak mahal. Kenapa mahal??? Bahan mentah dan halal meat sukar didapati disini dan terpaksa diimport sebab itu harga makanan sangat mahal.
  2. Bawa international plug. 
  3. Jaga handbang , duit dan barang berharga anda sewaktu berjalan-jalan di sekitar Pasar Ben Thanh. Kawasan ini adalah kawasan hot spot penyeluk saku. 
  4. Sekiranya tidak mengambil tourist guide, pastikan ada maps , buku nota kecil dan pen. Mostly masyarakat di Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris. Agak sukar untuk berkomunikasi.
  5. Public transport yang  selalu digunakan adalah teksi. Pastikan anda mengambil Teksi Vinasun tagnya berwarna hijau. Teksi ni amatlah dipercayai kerana menggunakan meter yang sah.
  6. Perbezaan waktu di Ho Chin Minh City lewat sejam dari waktu Malaysia.

International Airport Saigon

Setibanya kami di International Airport Saigon , kami dijemput oleh anak saudara Hajah Basiroh iaitu pemilik kedai telekung dan kain pasang yang pernah menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa di Malaysia sekitar tahun 1997. Kami dibawa ke kedai Hajah Basiroh terlebih dulu sebelum gerak ke kedai makan. Di kedai Hajah Basiroh pelbagai jenis kain telekung dan kain pasang dijual dengan harga yang reasonable. Boleh dapat diskaun if borong banyak-banyak. Check-in di Hotel Boss 2 berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Rest dan solat. Malam kami dinner di VN. Halal Restoren berhampiran dengan hotel. Selepas makan kami berjalan ke Night Market berhadapan dengan pasar Ben Thanh. Kebetulan jumpa dengan retis Malaysia malam tu. Dia bawa rombongan fans berjalan-jalan ke Vietnam.


Kedai Telekung Hajah Basiroh


Bersama Hajah Basiroh pemilik kedai telekung


Hotel Boss 2


VN. Halal Restoren
(ihsan Google)


Night market di hadapan pasar Ben Thant
( ihsan Google )

Destinasi hari kedua ke Sungai MekongHari kedua ,kami hanya bersarapan yg ringan2 shj disbbkn kami telah disediakan sarapan pagi semasa melawat Sg.Mekong yg telah disediakan oleh Hjh.Basiroh.Kami diberitahu oleh Karim, ada warga Malaysia yg akan mengikuti kami ke Sg.Mekong.Kami bertuah bertemu dgn Fiza sekeluarga secara tak langsung memeriahkan lagi suasana di dalam bas. Perjalanan ke Sg.Mekong mengambil masa 2 jam. Hah , kalau korang nak tau pengangkutan utama di sini ialah menggunakan motor & sekuter.

Hon adalah perkara wajib yg akan selalu akan dengar ketika diatas jln raya...." Ping pon , Ping Pon"..ada satu ketika bagai tercabut jantung rasanya apabila pemandu teksi main redah sahaja diatas jalan raya. Disini terdapat trafic light tapi ianya bagaikan tiada fungsi haha. Tak sayang nyawa sungguhlah.....


Suasana diatas jalan raya Ho Chin Minh City


Setibanya di Sungai Mekong, hujan sangat lebat & kami buat pertama kalinya diberi "rain coat" sebelum naik bot menyusuri Sungai Mekong. Kami diperkenalkan dengan tourist guide di sepanjang lawatan ke Sungai Mekong yg dikenali sebagai Mrs.Yang yang sangat sporting & tidak membosankan.


Sungai Mekong



Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong mempunyai banyak bahagian yang boleh dilawati...kami dibawa ke tempat pemprosesan madu lebah tulen, dusun buah longan & menikmati lunch serta buah- buahan yangg disediakan sambil dipersembahkan nyanyian oleh 2 penyanyi dr Vietnam. Mereka menghiburkan kami dengan lagu-lagu Vietnam & Si Jantung Hati campuran dengan bahasa melayu.

Sungai Mekong



Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Kami dibawa menyusuri sungai Mekong dengan menaiki sampan kecil dan memakai topi ke tempat pemprosesan candy.Selepas itu , kami pulang ke jeti menaiki bot dgn menikmati pemandangan sambil minum air kelapa muda.Mengikut planning awal kami akan melawat Chu Chi Tunnels tempat askar berteduh di bawah tanah pada zaman perang. Oleh kerana , hujan lebat kami tidak dibenarkan masuk.


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong

Hari ketiga, cuaca cerah pd hr tersebut.Ini memudahkan perjalanan kami ke War Remnants Museum. Dengan menggunakan maps yg disediakan oleh hotel , kami bergerak dgn menggunakan teksi Vinsson. Pesan dari Karim pilih teksi Vinsson kerana ia menggunakan meter. Jangan menggunakan teksi lain @ beca kerana mereka menipu dgn membawa pelancong pusing-pusing bandar Ho Chin Minh & mengenakan charge yg mahal.
Di War Museum, terdapat pelbagai pameran kereta kebal & kapal terbang yang digunakan pada zaman perang. Disini juga pelbagai sejarah bandar Ho Chin Minh didokumentarikan untuk tatapan pengunjung.


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


Seterusnya ,kami bergerak dengan berjalan kaki mencari pusat membeli belah. Alkisahnya ,   kami sesat dan bila bertanya dengan pemandu teksi semuanya tidak tahu di mana shopping mall. Sudahnya kami pergi ke pasar siang Ben Thanh cuci-cuci mata dan shopping disitu. Disini penjualnya sangat garang jika tidak membeli barangan mereka kita akan dimarah. Kira ala-ala serious buyer only macam beli di online. Sini merupakan syurga bagi pelancong yang nak memborong kain cotton. Memang rambang mata hohooo...


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Baju Vietnam juga boleh ditempah disini dalam masa 1 hari nanti tukang jahit akan hantar ke hotel bila baju dah siap.Kami tersesat lagi ketika hendak pulang ke hotel..nasib baik terjumpa pekerja majlis tourism yang membantu memberi petunjuk jalan pulang ke hotel. Pada sebelah malam kami membeli belah di pasar malam pula sambil minum kopi vietnam yang sangat popular dikalangan pelancong.


Night Market Ben Thant

 Hari keempat, kami melawati ke Hard Rock Cafe berjalan-jalan disekitar kawasan bandar. Misi semalam diteruskan iaitu mencari shopping mall.Jawapannya tetap hampa.Rupanya shopping mall disana dikenali sebagai " Parkshen" kalau di Malaysia ialah PARKSON...hahahahaa akhirnya ketemu jua...sangat-sangatlah besar bangunannya...banyak shopping mall disini bertaraf 5 star juga...ada yang dipanggil Vincom Mall...kami berjalan disekitar bandar Ho Chin Minh..cantik-cantik dan bersih kawasan persekitarannya...selepas merakamkan gambar kenangan kami mengunjungi Independence Palace Relief...sangat-sangat tertarik apabila dapat masuk ke sini. Malam kami singgah beli makanan di kedai Hajah Basiroh.


Ho Chin Minh City


Ho Chin Minh City


Independence Palace Relief


Independence Palace Relief



Independence Palace Relief


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City




Ho Chin Minh City


Kedai makan Hajah Basiroh


Hari kelima dan keenam kami shopping-shopping dan santai-santai sahaja sebelum berlepas pulang ke Malaysia pada hari ketujuh. Cuaca disini tidak mengizinkan kerap hujan jadi waktu berjalan banyak terbatas. Di lain masa perlu check cuaca sesebuah negara sebelum bercuti. 


Last shopping sebelum pulang ke Malaysia di Hajah Basiroh


Lapangan Terbang Ho Chin Minh



jumpa di next entri  :)



























PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...