BACKPACKER KE SARAWAK ( PART 1 )


Bumi Kenyalang Kuching , Sarawak


" Traveling. It leaves you speechless, then turns you into a STORYTELLER".


Assalammualaikum hari ini saya nak share my experience cover Bumi Kenyalang , Sarawak. First trip pada 15 Februari 2015 bersama dengan sahabat dan second trip bersama family pada 9 April 2016 after back from Seoul, Korea Selatan. Kedua-duanya secara backpackers tidak menggunakan tourist guide cuma trip bersama family kami hire van pelancong sebab kami plan ke pekan Sarikin yang agak jauh dari bandar Kuching.

15 Februari 2015 ( Hari Pertama )

Bermulalah perjalanan kami pada pagi 15 Februari 2016 dengan menaiki penerbangan Air Asia pada pukul 9.00 pagi dari KLIA2 ke Kuching International Airport. Tiba di airport dan terus gerak ke hotel Riverfront Hotel Kuching berhadapan dengan Waterfront Kuching. Selepas check-in dan solat, kami mencari restoren untuk menjamu selera. Of course yang dicari disini ialah Laksa Sarawak, Ikan Masin Terubuk , Mee Kolok dan Sayur Midin. Alhamdulilah , akhirnya dapat merasa laksa sarawak di Planet Sambal berhampiran dengan hotel. Sangat sedap!!!! On the way pualng dari makan tengahari kami ke destinasi kedua iaitu Sarawak Culture Village. Agak kecewa sedikit tiba disana waktu operasinya hampir tamat. Sempat berjalan dan menonton persembahan sahaja dalam masa 1 jam. Seterusnya kami menuju ke Pantai Damai yang berhampiran dengan Sarawak Culture Village. Bersih dan sangat cantik pantainya. Petang semakin menginjak kami sampai di hotel terus mandi, solat. Misi seterusnya, untuk hunter makanan seafood di Top Spot Food Court Kuching. Terletak di dalam bangunan UTC Kuching tempat ini merupakan tempat tumpuan pelancong tetapi malangnya bukan rezeki kami ia tutup waktu tersebut. Akhirnya kami pulang dan makan di sekitar Waterfront sahaja.


Kuching International Airport


Tugu Kuching


Planet Sambal


Sarawak Culture Village


Pantai Damai


Pantai Damai

16 Februari 2015 ( Hari Kedua )

Hari kedua, kami ke Taman Negara Bako yang terletak di Jalan Stadium  Petra Jaya Kuching. Perjalanan 35km dari bandar Kuching. Harga tiket bot dari Terminal Bako ke Taman Negara Bako RM15 sehala. Kami menaiki bot menyusuri paya bakau dan dapat melihat haiwan liar. Destinasi kedua, kami ke Waterfront untuk shopping souvenir. Kami sempat juga menaiki bot ke seberang Waterfront untuk membeli kek lapis dan ikan terubuk masin. Banyak pilihan dan kami ke Kek Lapis Dayang Salhah


Taman Negara Bako



Taman Negara Bako



Waterfront


Kek lapis Dayang Salhah


17 Februari 2015 ( Hari Ketiga )

Sebelum bergerak ke airport kami sempat ke Pasar Satok terletak di Kubah Ria di pinggir sungai Kuching. Waktu operasinya hanya pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang. Disebabkan waktu mula datang hari itu tak sempat makan sayur midin saya sempat beli seikat dan bawa pulang ke Semenanjung. Di Pasar Satok terdapat pelbagai makanan tradisional Sarawak dijual yang tiada di tempat lain.


Pasar Satok
( Ihsan from Google )


Pasar Satok
( Ihsan from Google )



bersambung di part 2 ......................


No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...