ONE DAY at SUNGAI LEMBING

Sungai Lembing , Pahang


"Wherever you go, go with all your heart".



Assalammualaikum . Next entri saya nak share experience explore di negeri sendiri pulak. Ramai yang berbisik di telinga saya asyik explore negara luar sahaja negara sendiri tak nak explore pun. Bukan begitu , kadang-kala kesibukkan seharian membataskan untuk explore di dalam negara. Hujan emas di negara orang hujan batu di negeri sendiri . Okay saya ditemani oleh 2 orang rakan dalam one day trip kali ini. Syukur alhamdulilah sepanjang perjalanan ke Sungai Lembing berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Kenapa saya dan rakan memilih Sungai Lembing ?? Dibawah ada jawapannya. 



Perjalanan kali ni kami menaiki Bas Rapid Kuantan sahaja. Keseronokkan itu lain macam. Ini merupakan kali pertama saya menaiki bas rapid sejak ianya beroperasi di Kuantan. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari bandar Kuantan. Tiba di Sungai Lembing pada pukul 9.30 pagi. Bas hanya berhenti di pintu gerbang Sungai Lembing sahaja. Seterusnya kami menapak ke pekan Sungai Lembing. Destinasi pertama ialah 3D  Gallery  Art yang merupakan new attraction di Sungai Lembing. Harga tiket dewasa RM 16 dan kanak-kanak RM 12 tapi kami dapat diskaun harga tiket berharga RM 10 kerana merupakan pelanggan terawal tiba disitu.


3D Gallery Art

Macam mana hendak ke sini? Dari pekan Sungai Lembing akan ada lorong kecil dan ikut penanda arah yang telah di letakkan sebelum lorong tersebut.


Atau kalau nak senang cari pokok besar ni. 3D Gallery Art betul-betul berhadapan dengan pokok besar ini. Kedudukan ni di bahagian jalan belakang sikit. Mudah sangat untuk jumpa.



3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art

Terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian di bawah lebih kepada gambar yang biasa-biasa sahaja. Manakala di bahagian atas gambar -gambar lebih menarik dan menampilkan Sungai Lembing sebagai subjek utama. Disini ownernya sangat peramah dan dia offerkan diri untuk tolong ambilkan gambar agar nampak menarik dan 3D.


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art



3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art


3D Gallery Art



3D Gallery Art

Next destinasi kami jalan-jalan sekitar pekan Sungai Lembing. Dahulunya, pekan Sungai Lembing digelar pekan koboi. Kebanyakkan bangunan lama masih dikekalkan sehingga hari ini. Seterusnya kami berjalan ke Muzium Sungai Lembing. Disini banyak kisah perlombongan biji timah selain itu penceritaan asal usul Sungai Lembing dan Kuantan juga terdapat disini.


Muzium Sungai Lembing



Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing


Typewrite zaman dulu-dulu


Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing


Muzium Sungai Lembing



Muzium Sungai Lembing



Muzium Sungai Lembing




Pekan Sungai Lembing


The Big Tree  signature di Pekan Sungai Lembing



Pam minyak ni merupakan satu-satunya terdapat di pekan Sungai Lembing pada zaman dahulu

Orang cakap kalau datang Sungai Lembing tak sah kalau berjalan ke Jambatan Gantung Kolong Pak Mahat.  Nak sampai ke sini boleh sewa basikal mengikut jam tapi kami memilih untuk berjalan kaki. Jambatan gantung ini merupakan jambatan tertua diantara jambatan gantung yang terdapat di beberapa kampung berdekatan . Perasaan takut dan gayat sememangnya ada ketika sampai dibahagian tengah jambatan nak-nak bila lihat dibawah ada sungai. Di seberang jambatan ada perkampungan cina dan terdapat kilang pemprosesan mee.



Jambatan Gantung Kolong Pak Mahat




Jambatan Gantung Kolong Pak Mahat

Seterusnya kami ke Terowong Lombong Biji Timah. Kebetulan semasa menuju ke sini terserempak dengan pak cik kepada sahabat saya. Beliau telah menumpangkan kami ke Terowong Lombong Biji Timah. Dah alang-alang tiba di situ dia pun join sekali dengan kami menaiki tren ke dalam lombong. Ada mengenakan tiket masuk ke lombong tetapi rezeki kami dapat masuk percuma. 



Terowong Lombong Biji Timah


Terowong Lombong Biji Timah


Sebelum pulang kami singgah makan mee jawa yang merupakan makanan yang famous di sini. Mee jawa berbeza dengan mee biasa kerana diperbuat daripada mee lidi. Dengan ini berakhirlah one day trip ke Sungai Lembing. Semoga berjumpa lagi di next entri.







Terima Kasih Allah






















No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...