Kelengkapan Umrah

Assalammualaikum semua...

Kelengkapan peribadi adalah perkara yang perlu diambil serius sebagai seorang yang bergelar jemaah umrah. Tidak kira sama ada lelaki ataupun perempuan. Sekarang banyak kelengkapan umrah yang dijual bukannya pada musim haji sahaja. Anda boleh dapati secara online mahupun di kedai. Cuma kita perlu pandai memilih untuk dibawa dan digunakan di sana nanti. Orang perempuan ini kalau boleh nak angkut semua nak bawa ke sana kan???? :) Di bawah saya sertakan diantara keperluan yang perlu digunakan semasa umrah. 


Kelengkapan Umrah Bagi Jemaah Wanita dan Lelaki

Barang keperluan yang perlu dibawa ialah :

  1. Telekung ( 2 )
  2. Mini Tekung ( 2 ) : Telekung tanpa kain
  3. Kain Ihram ( 1 ) : untuk jemaah Lelaki
  4. Anak Tudung / Inner neck ( 2 )
  5. Jubah Hitam / Putih ( 3 )
  6. Tudung Sarung / Shawl ( 3 )
  7. Seluar Panjang Hitam / Putih ( 2 )
  8. Stoking Tebal ( 4 )
  9. Hand Sock ( 3 )
  10. Baju Tidur / Kaftan ( 2 )
  11. Kain Basahan Mandi ( 1 )
  12. Tuala Mandi ( 1 )
  13. Kasut ( 1 )
  14. Selipar ( 1 )
  15. Pakaian dalam mencukupi
  16. Penyangkut Baju / Hanger
  17. Hanger Bersepit ( 1 )
  18. Gunting Kecil ( 1 )
  19. Pengetip Kuku ( 1 )
  20. Sikat ( 1 )
  21. Berus Gigi / ubat gigi / sabun / syampu /pencuci muka / deodorant
  22. Sabun buku basuh kain & bekas sabun
  23. Marker pen / masking tape
  24. Ubat-ubatan
  25. Baju sejuk : Bagi yang pergi pada musim sejuk ( Disember )
  26.  Pads
  27. Charger Phone  
  28. Botol Spray Wudhu'
  29. Kunci beg luggage
  30. Sunglasses
  31. Name tag / reben untuk luggage
  32. Biskut
  33. Plastik kosong untuk selipar / kasut
  34. Sejadah kecil
  35. Bantal kecil : Bagi perjalanan yang transit
TIPS - TIPS :
  • Di Madinah dan Makkah ( Haramain ) selalunya jemaah umrah wanita akan memakai jubah , mini telekung dan stocking sahaja. 
  • Bagi memudahkan untuk memasuki Raudhah , jemaah wanita digalakan memakai telekung bewarna hitam.
  • Jubah dan tudung sarung / shawl , pilihlah jenis ironless . Senang , mudah dan cepat. Pengalaman dahulu memang tak sempat nak iron sebab masa sangat singkat.
  • Gunting kecil perlu dibawa untuk bertahlul dan disimpan didalam luggage untuk mengelak dari ditahan oleh Imegresen.
  • Pakaian boleh dibasuh ketika di Makkah. Hanger memang kena bawa sendiri dan tidak disediakan oleh pihak hotel.
  • Iron juga tidak disediakan di hotel. Kena bawa sendiri dari Malaysia.
  • Botol Spray kegunaannya di dalam flight dan di Masjidil Haram. Di Masjidil Haram, tandas sangat jauh. Botol spray boleh digunakan jika sudah batal air sembahyang.
  • Name tag / reben untuk luggage bagi memudahkan kita mengenali beg masing-masing disebabkan banyak beg yang sama dengan anda.
  • Masking tape untuk melabel hand cary beg supaya tidak mudah tertukar dengan orang lain dan senang dikesan sekiranya hilang.
  • Sebelum berangkat menunaikan umrah , perlu sediakan checklist barang keperluan agar tidak tertinggal.

Checklist kelengkapan umrah

Pihak agensi juga akan membekalkan barang keperluan jemaah . Ketika anda memilih pakej mereka akan menyatakan barang keperluan yang anda akan disediakan oleh pihak mereka. Diantaranya ialah:
  1. Luggage 
  2. Uncang Kasut
  3. Hand Luggage
  4. Buku Doa untuk digantung pada leher
  5. Sling bag
  6. Bag tangan
  7. ID Card

Buku doa yang digunakan ketika tawaf dan sa'ie



ID Card yang dipakai sepanjang umrah. Di bahagian belakang pada ID card ini terdapat nama hotel dan no telefon yang boleh dihubungi sekiranya tersesat. 

TIPS lagi dan lagiii.....

  • Sebelum berangkat menunaikan umrah ,perbanyakan Solat Hajat , Solat Tahjud , Taubat Nasuha , baca surah Yassin dan sentiasa berdoa agar segala perjalanan dipermudahkan. 
  • Buat kaum Hawa , sekiranya uzur perlu minta nasihat daripada ustazah . Ada doa yang boleh percepatkan habis waktu uzur. Tak perlu makan ubat dan sebagainya.
  • Pucuk pangkalnya , DOA adalah senjata mukmin. Sentiasa berdoa sekiranya terdapat halangan-halangan sebelum , semasa dan selepas umrah. Allah sentiasa mendengar masalah umat-Nya.
Duit OH Duit !!!!!

Topik duit selalu ditanyakan ? Banyak mana perlu dibawa nanti? Nak convert macam mana? Dekat sana ada bank apa? Kalau tak nak bawa duit tak pe ke? Nak draw di Makkah dan Madinah. Boleh ker?????

  • Wang mengikut budget saya , RM 1000.00 sudah memadai itu pun tak habis digunakan hehee sebab saya tak membeli sangat. Sekadar kurma, sehelai sejadah , cenderahati sikit dan sehelai jubah.
  • Matawang Arab Saudi adalah Riyal. Saya convert duit di Malaysia. Waktu tu rate tinggi juga sebab ramai yang pergi buat umrah. Kebanyakkan money changer kehabisan duit Riyal.
  • Di Makkah , ada bank yang boleh kita draw duit dengan syarat anda perlu inform pada pihak bank untuk draw di luar negara. Antara bank yang ada ialah Ar Rajjhi. Kalau di Makkah Bank Ar Rajjhi terletak berhampiran Masjidil Haram.
BOTOL SPRAY WUDHU’



contoh botol spray wudhu'



Disini diterangkan sedikit tatacara menggunakan botol spray wudhu’ .
  • Niat ambil wudhu’.
  • Spray ke keseluruhan muka sehingga air menitis dari muka, spray sedikit pada tapak tangan dan sapu seluruh muka dengan menggunakan tapak tangan.
  • Spray keseluruhan tangan kanan sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
  • Spray keseluruhan tangan kiri sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
  • Spray air ke ubun kepala dan ratakan.
  • Spray keseluruhan kaki kanan sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
  • Spray keseluruhan kaki kiri sehingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
  • Tertib.



No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...