BACKPACKER : VIETNAM

Ho Chi Minh City , Vietnam


"A journey of a thousand miles must begin with a single step"



Assalammualaikum . Hari ini nak share trip ke Ho Chin Minh City , Vietnam selama 7 hari 6 malam. Hah !!! agak lama juga trip kali ini dan agak puas jugalah duduk disini lama-lama. Mungkin 4 hari 3 malam is very flexsible to holiday at here. Trip kali ini berlima dengan family dan seorang rakan. Menaiki kapal terbang Air Asia kami selamat sampai pada pukul 2.20 petang di International Airport Saigon.

TIPS
  1. Bawa bekalan makanan kering seperti Maggie , biskut, serunding daging dan sambal ikan bilis dari Malaysia kerana harga makanan di sini agak mahal. Kenapa mahal??? Bahan mentah dan halal meat sukar didapati disini dan terpaksa diimport sebab itu harga makanan sangat mahal.
  2. Bawa international plug. 
  3. Jaga handbang , duit dan barang berharga anda sewaktu berjalan-jalan di sekitar Pasar Ben Thanh. Kawasan ini adalah kawasan hot spot penyeluk saku. 
  4. Sekiranya tidak mengambil tourist guide, pastikan ada maps , buku nota kecil dan pen. Mostly masyarakat di Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris. Agak sukar untuk berkomunikasi.
  5. Public transport yang  selalu digunakan adalah teksi. Pastikan anda mengambil Teksi Vinasun tagnya berwarna hijau. Teksi ni amatlah dipercayai kerana menggunakan meter yang sah.
  6. Perbezaan waktu di Ho Chin Minh City lewat sejam dari waktu Malaysia.

International Airport Saigon

Setibanya kami di International Airport Saigon , kami dijemput oleh anak saudara Hajah Basiroh iaitu pemilik kedai telekung dan kain pasang yang pernah menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa di Malaysia sekitar tahun 1997. Kami dibawa ke kedai Hajah Basiroh terlebih dulu sebelum gerak ke kedai makan. Di kedai Hajah Basiroh pelbagai jenis kain telekung dan kain pasang dijual dengan harga yang reasonable. Boleh dapat diskaun if borong banyak-banyak. Check-in di Hotel Boss 2 berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Rest dan solat. Malam kami dinner di VN. Halal Restoren berhampiran dengan hotel. Selepas makan kami berjalan ke Night Market berhadapan dengan pasar Ben Thanh. Kebetulan jumpa dengan retis Malaysia malam tu. Dia bawa rombongan fans berjalan-jalan ke Vietnam.


Kedai Telekung Hajah Basiroh


Bersama Hajah Basiroh pemilik kedai telekung


Hotel Boss 2


VN. Halal Restoren
(ihsan Google)


Night market di hadapan pasar Ben Thant
( ihsan Google )

Destinasi hari kedua ke Sungai MekongHari kedua ,kami hanya bersarapan yg ringan2 shj disbbkn kami telah disediakan sarapan pagi semasa melawat Sg.Mekong yg telah disediakan oleh Hjh.Basiroh.Kami diberitahu oleh Karim, ada warga Malaysia yg akan mengikuti kami ke Sg.Mekong.Kami bertuah bertemu dgn Fiza sekeluarga secara tak langsung memeriahkan lagi suasana di dalam bas. Perjalanan ke Sg.Mekong mengambil masa 2 jam. Hah , kalau korang nak tau pengangkutan utama di sini ialah menggunakan motor & sekuter.

Hon adalah perkara wajib yg akan selalu akan dengar ketika diatas jln raya...." Ping pon , Ping Pon"..ada satu ketika bagai tercabut jantung rasanya apabila pemandu teksi main redah sahaja diatas jalan raya. Disini terdapat trafic light tapi ianya bagaikan tiada fungsi haha. Tak sayang nyawa sungguhlah.....


Suasana diatas jalan raya Ho Chin Minh City


Setibanya di Sungai Mekong, hujan sangat lebat & kami buat pertama kalinya diberi "rain coat" sebelum naik bot menyusuri Sungai Mekong. Kami diperkenalkan dengan tourist guide di sepanjang lawatan ke Sungai Mekong yg dikenali sebagai Mrs.Yang yang sangat sporting & tidak membosankan.


Sungai Mekong



Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong mempunyai banyak bahagian yang boleh dilawati...kami dibawa ke tempat pemprosesan madu lebah tulen, dusun buah longan & menikmati lunch serta buah- buahan yangg disediakan sambil dipersembahkan nyanyian oleh 2 penyanyi dr Vietnam. Mereka menghiburkan kami dengan lagu-lagu Vietnam & Si Jantung Hati campuran dengan bahasa melayu.

Sungai Mekong



Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Kami dibawa menyusuri sungai Mekong dengan menaiki sampan kecil dan memakai topi ke tempat pemprosesan candy.Selepas itu , kami pulang ke jeti menaiki bot dgn menikmati pemandangan sambil minum air kelapa muda.Mengikut planning awal kami akan melawat Chu Chi Tunnels tempat askar berteduh di bawah tanah pada zaman perang. Oleh kerana , hujan lebat kami tidak dibenarkan masuk.


Sungai Mekong


Sungai Mekong


Sungai Mekong

Hari ketiga, cuaca cerah pd hr tersebut.Ini memudahkan perjalanan kami ke War Remnants Museum. Dengan menggunakan maps yg disediakan oleh hotel , kami bergerak dgn menggunakan teksi Vinsson. Pesan dari Karim pilih teksi Vinsson kerana ia menggunakan meter. Jangan menggunakan teksi lain @ beca kerana mereka menipu dgn membawa pelancong pusing-pusing bandar Ho Chin Minh & mengenakan charge yg mahal.
Di War Museum, terdapat pelbagai pameran kereta kebal & kapal terbang yang digunakan pada zaman perang. Disini juga pelbagai sejarah bandar Ho Chin Minh didokumentarikan untuk tatapan pengunjung.


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


War Remnants Meseum


Seterusnya ,kami bergerak dengan berjalan kaki mencari pusat membeli belah. Alkisahnya ,   kami sesat dan bila bertanya dengan pemandu teksi semuanya tidak tahu di mana shopping mall. Sudahnya kami pergi ke pasar siang Ben Thanh cuci-cuci mata dan shopping disitu. Disini penjualnya sangat garang jika tidak membeli barangan mereka kita akan dimarah. Kira ala-ala serious buyer only macam beli di online. Sini merupakan syurga bagi pelancong yang nak memborong kain cotton. Memang rambang mata hohooo...


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Pasar Ben Thant
( ihsan Google )


Baju Vietnam juga boleh ditempah disini dalam masa 1 hari nanti tukang jahit akan hantar ke hotel bila baju dah siap.Kami tersesat lagi ketika hendak pulang ke hotel..nasib baik terjumpa pekerja majlis tourism yang membantu memberi petunjuk jalan pulang ke hotel. Pada sebelah malam kami membeli belah di pasar malam pula sambil minum kopi vietnam yang sangat popular dikalangan pelancong.


Night Market Ben Thant

 Hari keempat, kami melawati ke Hard Rock Cafe berjalan-jalan disekitar kawasan bandar. Misi semalam diteruskan iaitu mencari shopping mall.Jawapannya tetap hampa.Rupanya shopping mall disana dikenali sebagai " Parkshen" kalau di Malaysia ialah PARKSON...hahahahaa akhirnya ketemu jua...sangat-sangatlah besar bangunannya...banyak shopping mall disini bertaraf 5 star juga...ada yang dipanggil Vincom Mall...kami berjalan disekitar bandar Ho Chin Minh..cantik-cantik dan bersih kawasan persekitarannya...selepas merakamkan gambar kenangan kami mengunjungi Independence Palace Relief...sangat-sangat tertarik apabila dapat masuk ke sini. Malam kami singgah beli makanan di kedai Hajah Basiroh.


Ho Chin Minh City


Ho Chin Minh City


Independence Palace Relief


Independence Palace Relief



Independence Palace Relief


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City


Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City




Ho Chin Minh City


Kedai makan Hajah Basiroh


Hari kelima dan keenam kami shopping-shopping dan santai-santai sahaja sebelum berlepas pulang ke Malaysia pada hari ketujuh. Cuaca disini tidak mengizinkan kerap hujan jadi waktu berjalan banyak terbatas. Di lain masa perlu check cuaca sesebuah negara sebelum bercuti. 


Last shopping sebelum pulang ke Malaysia di Hajah Basiroh


Lapangan Terbang Ho Chin Minh



jumpa di next entri  :)



























No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...