BACKPACKER KE SARAWAK ( PART 2 )


Bumi Kenyalang Kuching, Sarawak


" Traveling. It leaves you speechless, then turns you into a STORYTELLER".




     


Assalammualaikum bertemu lagi di sini untuk kesinambungan BACKPACKER KE SARAWAK part 1. Jom kita teruskan kesinambungan coretan ini . Semoga sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman dengan anda yang akan bakal bercuti ke Sarawak nanti.

9 April 2016 ( Hari Pertama )

Tiba di Bumi Kenyalang pada tengahari. Misi kali ini untuk pergi ke Pasar Sarikin , Muzium Kuching , Top Spot Food Court , Kuching Cat Museum dan Semenggoh Wildlife Center. Cuaca pada hari ini tidak mengizinkan . Hujan lebat dan tidak dapat bergerak kemana-mana selepas check-in Hotel Seri Malaysia tidak jauh dari Riverfront Kuching Hotel di Waterfront. Bila hujan pun dah berhenti kami berjalan-jalan di sekitar Waterfront dan singgah di The Spring Shopping Mall . Malam kami ke Top Spot Food Court untuk menikmati makan malam. Highly recommended !!!! Kali ini memang puas hati dapat merasa seafood yang fresh dan keenakan sayur midin. Hujan renyai-renyai pun sanggup jalan kaki mencari seafood. Gigihkan ????


The Spring Shopping Mall


Topspot Food Court
( Ihsan Google)




Topspot Food Court
( Ihsan Google)




Topspot Food Court
Inilah sayur midin goreng belacan



10 April 2016 ( Hari Kedua )

Hari kedua, kami berjalan jauh sikit  dengan menggunakan khidmat van pelancong ke Semenggoh Wildlife Center 20 minit dari bandar Kuching. Ada tiket masuk untuk dewasa berharga RM 10 . Waktu operasi ialah Isnin-Jumaat ( 8.00 pagi - 4.45 petang ). Cuti umum dan hujung minggu TUTUP. Waktu makan orang utan pada pukul 10.00 pagi & 3.00 petang. Rezeki kami sempat melihat orang utan diberi makan. Destinasi kedua, singgah di tempat menjual Pasu Sarawak di Yong Huat Heng di Batu 7. Perjalanan dieruskan ke DP Aiskrim Gula Apong di E Mart Batu Kawa. Seterusnya kami makan mee kolok dan terus pulang ke hotel.


Semenggoh Wildlife Center 


Semenggoh Wildlife Center 



Yong Huat Heng ( Pasu Sarawak )
( Ihsan Google )


DP Aiskrim Gula Apong
( Ihsan Google )


11 April 2016 ( Hari Ketiga )

Hari ketiga, kami ke Pasar Serikin Sarawak. Pasar Serikin merupakan tempat membeli belah yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Indonesia. Kebanyakan barangan yang dijual disini adalah barang kraftangan, barangan kulit dan tikar sarawak. Pasar ini dibuka pada hari minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad. Perjalanan agak jauh dari bandar Kuching ke sini. So bolehlah cuci-cuci mata dan shopping apa yang patut. Di nasihatkan bawalah topi dan sunglasses cuaca amat panas disini.


Pasar Serikin Sarawak
( Ihsan Google )


Pasar Serikin Sarawak
( Ihsan Google )


12 April 2016 ( Hari Keempat )

Hari keempat , merupakan hari terakhir kami di Bumi Kenyalang ,Sarawak. Selepas bersarapan di hotel kami ke Kuching Cat Museum terletak di Bangunan DBKU , Jalan Semariang , Petra Jaya . Waktu operasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi- 5 petang. Harga dan bayaran hanyalah untuk menangkap gambar sahaja. Kamera handphone RM 3 , Kamera biasa RM 3, Kamera digital RM 4 dan Kamera video Rm 5. Menariknya disini selain bergambar banyak info tentang kucing. Siapa peminat kucing akan suka kesini. Selepas itu kami pulang ke hotel dan check-out. Sebelum ke airport kami singgah makan di shopping mall yang terletak berhampiran airport. Sesungguhnya perjalanan kali ini melengkapkan kembara saya di Bumi Kenyalang. Terima Kasih orang-orang Sarawak!!!!


Kuching Cat Museum



Kuching Cat Museum


Kuching Cat Museum


Kuching Cat Museum


Terima Kasih ALLAH





No comments:

Post a Comment

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...