PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah




" Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah"




assalamualaikum wbt

Berjumpa lagi di sini tapi berlainan entry dan kisahnya. Seperti yang saya janjikan ini merupakan kesinambungan TIPS FIRST TIME MENGERJAKAN UMRAH. Kali ini di Kota Mekah Al Mukarramah . Pengalaman first time menjejaki Tanah Haram adalah pengalaman manis walaupun ujiannya tetap ada. Tapi apa yang saya boleh gambarkan ianya sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.

Perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan menaiki bas ialah selama 5 atau 6 jam. Kami bertolak pada pukul 3.00 petang dari hotel. Sebelum bergerak hendaklah bersiap dan mandi sunat ihram di hotel. Bagi jemaah lelaki hendaklah memakai ihram terus. Perjalanan diteruskan dan berhenti di Masjid Bir Ali untuk bermiqat (berniat umrah).
Setelah bermiqat anda wajib meninggalkan 13 Larangan dalam ihram bermaksud sekiranya anda melakukannya anda wajib dikenakan dam dan harus membayarnya mengikut klasifikasi yang telah ditetapkan.


Masjid Bir Ali

Seterusnya perjalanan ke Mekah diteruskan dengan membaca talbiah sepanjang jalan. "Labaikallahummalabaik Labaikalasharikalakalabaik Inailhamda Walnikmata Lakawalmulklasharikala". Inilah talbiah yang selalu saya baca menuju ke Tanah Haram. Sayu sahaja perasaan ketika ini sedih meninggalkan kota Madinah dan akan menuju ke kota Mekah. Sebelum tiba di kota Mekah saya dan jemaah lain sempat singgah di Wadi Quait untuk menunaikan solat dan makan malam. Makan malam disediakan ialah nasi arab. Ianya berbeza kerana dimakan didalam dulang yang besar beramai-ramai. 


Wadi Quait

Sedikit peringatan daripada mutawwif ramai yang dikenakan dam ketika disini kerana telah melanggar 13 larangan ihram iaitu mencuci tangan dengan menggunakan sabun. Mujurlah saya tidak begitu ....kadang-kadang mereka sudah terbiasa melakukannya tanpa disedari ianya larangan ihram. Wadi Quait destinasi terakhir sebelum ke Mekah. Berhampiran sempadan Tanah Halal dan Tanah Haram.


Akhirnya pada pukul 12.30 malam kami tiba di Mekah. Sangat-sangat teruja apabila dari jauh sudah nampak Menara Jam bewarna hijau yang terletak hampir dengan Masjidil Haram. Hotel kami terletak 200 meter dari Masjidil Haram. Kawasan yang amat sibuk dengan kenderaan keluar masuk. Selepas check in kami bergerak ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah pada pukul 1.30 pagi. Bermula dari hotel kami berjalan ramai-ramai menuju ke Masjidil Haram sambil bertalbiah. Subahanallah indahnya perasaan ketika ini pertama kali menatap Kaabah. Serious macam tak percaya!!!! sehinggalah saya terjatuh di tangga berhadapan dengan Kaabah barulah tersedar ianya memang realiti bukan fantasi lagi haha...

 

Masjidil Haram , Mekah Al Mukarramah


Rukun umrah seterusnya adalah tawaf , sa'ie , bercukur / bergunting dan tertib. Ketika melakukan tawaf  suasana amat mendamaikan dan tidak perlu bersesak-sesak sedangkan jemaah ketika itu boleh dikatakan ramai juga. Dalam 15 minit dah selesai tawaf. Syukur Alhamdulilah Allah telah permudahkan urusan kami. Seterusnya kami bergerak ke Bukit Safa dan Marwah untuk menunaikan sa'ie ( berlari-lari anak sebanyak 7 kali ) . Bermula dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Selepas itu bercukur bagi jemaah lelaki dan bergunting bagi jemaah wanita. Nikmatnya tidak terkata apabila dapat menunaikan umrah pertama ( untuk diri sendiri ) dengan jayanya. Boleh pulang ke hotel dengan tenang dan gembira.


Inilah bas yang selalu lewat sampai ke setiap destinasi yang kami pergi :)

Hari seterusnya kami dibawa ziarah ke Jabal Rahmah , Jabal Tsur, Gua Hira di Jabal Nur, Padang Arafah , Mina , Ladang Ternakan Unta dan Muzium Senibina Dua Masjid Suci. Seperti biasa bas yang kami naiki memang paling last tiba dikesemua destinasi.I is redha... haha sabar-sabar tak boleh merungut.


Jabal Tsur


Jabal Rahmah 
( tempat pertemuan Adam dan Hawa )


Jabal Rahmah 
( tempat pertemuan Adam dan Hawa )


Muzium Senibina Dua Masjid Suci


Muzium Senibina Dua Masjid Suci


Ladang Ternakan Unta

Kami sempat ke Padang Arafah , Mina dan Mudzalifah tempat dimana jemaah haji menunaikan haji setiap tahun. Perasaan mula berdetik , Ya Allah kau permudahkanlah suatu hari nanti agar aku dapat panggilan-Mu untuk menunaikan haji pula". 


Khemah jemaah haji di Padang Arafah


Keesokan harinya kami ke Masjid Ja'ranah untuk bermiqat untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah kali ke-2 ( untuk orang yang telah meninggal dunia ).



Masjid Ja'ranah


Masjid Ja'ranah

Setelah bermiqat kami pulang ke hotel dan bersiap untuk ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah kali ke-2.  Kali ini saya pergi bersama-sama jemaah wanita yang lain tanpa ahli keluarga ( mak demam , kakak mengalami sedikit masalah dan abang dia bersama jemaah lelaki ) . Seronok juga dapat menunaikan umrah bersama jemaah lain. New feeling hihiiii...


Thank you kak Gee selalu ada dengan saya. Menemani saya sepanjang umrah kali ke-2. Hari keesokannya , jemaah diwar-warkan siapa yang nak ikut ke Gua Hira'. Niat dihati nak pergi tapi disebabkan mahram saya dan yang lelain tak dapat ikut serta saya dinasihati tidak mengikuti rombongan ke Gua Hira'. Mulanya sedih juga tapi Allah telah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik pada keesokan harinya.( Beria-ia pi hiking ke Bukit Pelindung punya nak naik Gua Hira' haha....itulah tiada rezeki nak buat macam mana kan!!! )

Pagi keesokan harinya, saya, kakak dan abang ke Masjidil Haram dengan niat untuk masuk ke Hijir Ismail ( tempat mustajab untuk berdoa ). Akhirnya kami terpisah bila tiba di depan Kaabah. Saya dan kakak mengikut ustazah Azreen. Disaat ini memang keadaan bersesak-sesakan dengan jemaah lain yang sedang tawaf. Syukur Alhamdulilah dapat menunaikan solat Dhuha dengan selesa. Di penghujungnya terpisah juga dengan kakak. Mujur ada seorang mak cik dari agensi yang sama bersama saya untuk terus menunaikan solat Jumaat.

Usai menunaikan solat Jumaat , ketika hendak keluar dari Masjidil Haram saya bertembung dengan sekumpulan pak Arab yang tengah mengusung 15 jenazah dengan berlari-lari anak. Bezanya setiap jenazah dibaluti dengan kain bertanda yang menentukan jenazah itu dewasa , kanak-kanak dan remaja.


Hari ini merupakan hari terakhir di Mekah. Kami bersiap-siap untuk menunaikan tawaf Wi'da ( selamat tinggal). Sepatutnya dilakukan awal pagi. Oleh kerana ada jemaah lain mengalami masalah ianya ditunda awal tengahari. Memang panas teriklah. Kesihatan saya juga sedikit merundum awal pagi demam tapi kuatkan hati juga untuk melakukan tawaf Wi'da ( fikirkan bila lagi akan sampai ke sini).  Perjalanan bersambung ke Masjid Terapung di Jeddah. Berhenti makan , solat dan shopping di mall berdekatan.


Masjid Terapung , Jeddah


Masjid Terapung , Jeddah


Masjid Terapung , Jeddah

Last destinasi sebelum ke King Abdul Aziz International Airport. Perjalanan masih jauh Jeddah-Maldives-Kuala Lumpur-Kuantan. Pernerbangan banyak delay merasalah tidur di airport dan menghadap ragam pak arab imegresen yang banyak songeh. Itu tak boleh ini tak boleh. Peninglah kepala dibuatnya sampai demam balik setibanya di Maldives.



Terima kasih semua terutama kepada Ustaz Wan Hamidi , Ustazah Azreen , mutawif dan mutawifah serta jemaah lain sepanjang perjalanan umrah ini. Suka duka yang akan dikenang sepanjang hayat. Jika ada rezeki kita akan dapat bertemu kembali mungkin umrah atau haji di masa hadapan. InshaAllah. 




TIPS FIRST TIME MENGERJAKAN UMRAH


KOTA MADINAH , AL MUNAWARRAH


" Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah"



assalammualaikum w.b.t

Ketemu lagi kita disini. Sedikit perkongsian mengenai umrah musim sejuk pada entry kali ini. Entry sebelum ini , saya telah kongsikan persediaan yang dilakukan sebelum mengerjakan umrah bagi yang pertama kali ke sana. Di sini saya panjangkan perkongsian ketika berada di Kota Madinah pula. Kota Madinah terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid Nabawi. Kota Madinah bagi saya sangat istimewa penuh dengan ceritanya tersendiri yang perlu digali dan dijadikan panduan didalam kehidupan seharian.


King Abdul Aziz International Airport

Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan sebelum sampai di Madinah akhirnya saya dan family tiba dengan selamat di King Abdul Aziz International Airport. Perjalanan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Jeddah. Kami menaiki pernerbangan dari Kuala Lumpur - Maldives - Jeddah pada pukul 10.00 malam 15 Disember 2016.



King Abdul Aziz International Airport

Ketika di Malaysia pernah juga mendengar cerita daripada sahabat dan saudara tentang imegresen Arab Saudi ni. Macam-macam ragam yang mereka lalui. Pengalaman saya pula, setibanya turn di imegresen hampir-hampir tersangkut jugak huhu...banyak songeh sungguh pak arab ni. Puncanya pada pasport saya ada cop imegresen negara Korea Selatan yang baru dicop pada bulan Mac yang lepas. Syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Lepas akhirnya.......


King Abdul Aziz International Airport

Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas yang disediakan pihak agensi umrah untuk ke Madinah. Kami dibahagikan kepada 4 buah bas yang dikonduk oleh mutawwif dan mutawwifah. Sempat juga beli air dan makanan sementara menunggu bas tiba.


King Abdul Aziz International Airport

Sehingga ke hari ini saya rasa masih bermimpi dapat menjejakkan kaki ke sini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana menjemput saya menjadi tetamu Allah ketika usia masih muda. Inilah masanya untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah dan rasulnya. Ketika dijemput menjadi tetamu Allah , saya tetapkan nawaitu dan berserah segala-galanya kepada Allah. 




Sepanjang perjalanan ke Madinah kami berhenti di sebuah tempat ala-ala rnr kalau di Malaysia. Saya tak ingat tempatnya nama apa. Disitu terdapat stesen minyak dan tempat makan nasi arab. Kami sempat membeli buah anggur dan makan disitu. Hampir 4 jam perjalanan kami tiba di Hotel Dar Al-Eiman  Al-Manar. Sebenarnya kami geram jugak dengan sikap pemandu bas ni....time driving sebelah tangan pegang stereng , sebelah tangan lagi berbalas whatsapp. Sekejap ke kanan , sekejap ke kiri....itu satu hal memang terasa perjalanan kami paling lama. Hah !!!!! memang sahlah kami yang paling lewat tiba di hotel. Hanya mampu sabar jelah.. mujur ada tazkirah kisah nabi daripada mutawwif sepanjang jalan taklah boring sangat.


Hotel Dar Al-Eiman  Al-Manar

Tiba di hotel kami makan tengahari dahulu disebabkan waktu itu sudah hampir pukul 3.00 petang. Memang agak sesak jugalah suasana di dewan makan ketika itu oleh kerana pertembungan dengan jemaah umrah dari negara lain . Ini semua salah driver bas ituu haha.....tak pelah kami redha je. Tak baik merungut-rungut di sini. Memang perlu banyak bersabar. Hotel ini memang best hospitalitinya. 100 meter dari Masjid Nabawi. Fasiliti pun not bad bertaraf 4 bintang. Syukur Alhamdulilah.


Hotel Dar Al-Eiman  Al-Manar

Cuaca di Madinah sejuk bila tiba waktu petang hingga ke malam. Ala-ala cuaca di Cameron Highlands. Kene bawa jacket atau sweater. Tak perlu bawa baju tebal-tebal sangat. Usai makan tengahari kami naik ke bilik hotel untuk berehat dan solat sebelum bersiap-siap untuk solat Maghrib di Masjid Nabawi. 



Di bahagian luar Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah

Kali pertama menjejaki Masjid Nabawi , masyallah sesungguhnya saya amat kagum dengan kebesaran Allah. Masjid Nabawi mempunyai dua bahagian solat. Anda boleh solat di bahagian luar dan boleh solat di bahagian dalam. Hari pertama, kami solat di bahagian luar. Angin sepoi-sepoi bahasa gituuuu....Banyak sebenarnya nak bagi tips berdasarkan pengalaman kali pertama nanti diakhir entry saya tulis tips yang mungkin boleh anda jadikan sebagai panduan juga.


Bahagian dalam Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah

Haah !!! nampak tak tuuu banyak air zam zam dalam botol besar. Best sangat hari-hari dapat minum air zam zam. Free of charge tau !!!!! Anda bawa botol kosong sahaja dan boleh minum. Tapi jangan keliru tau...di bahagian luar Masjid Nabawi ada sediakan botol besar juga sama macam botol air zam zam tu tapi itu bukan air zam zam cuma air biasa untuk mengambil wuduk dan membasuh kaki.



Bahagian dalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah


Saya bagi sedikit tips yea....azan akan dilaungkan sebanyak 2 kali di Madinah dan Makkah. Berbeza di negara kita , Malaysia. Jangan risau tau masa azan pertama dilaungkan masih boleh bergerak cepat-cepat dari hotel ke Masjid Nabawi. Solat akan bermula selepas azan kedua. Di sini boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada orang yang meninggal dunia. Selalunya selepas solat, imam akan terus menunaikan solat jenazah. Anda kene prepare dan alert semua tu.


Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah

Kawasan luar Masjid Nabawi sangat cantik apabila payung dibuka , malangnya sewaktu saya pergi payung tersebut tengah diselenggara. Tak dapat dibuka. Frustrated lah sikit. Tak de rezeki . Hari kedua, kami keluar solat subuh pada pukul 4.00 pagi. Usai solat subuh kami pulang ke hotel untuk breakfeast dan pada pukul 9.00 pagi kami gerak ke Masjid Nabawi untuk masuk ke Raudhah.



Maqam Nabi Muhammad S.A.W

Di sinilah terletaknya Raudhah yang bermaksud taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa di taman-taman syurga ini. Ia disebut sebagai taman-taman syurga di dalam Hadis Riwayat Bukhari nombor 1196. Disini juga terletak makam Nabi Muhammad S.A.W. dibawah kubah hijau.
 Ada jemaah yang tidak mengetahui cara untuk ke raudhah di bahagian KARPET HIJAU di kawasan yang dikenali sebagai taman syurga. Bau karpertnya sangat wangi. Disini adalah tempat yang mustajab untuk berdoa.



Bagi kaum hawa yang nak masuk ke Raudhah terdapat waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. Waktu paling panjang ialah selepas subuh hingga pukul 11.00 pagi, di antara 1.00 tengahari dan 3.00 petang serta dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

Pelbagai cerita saya dengar untuk masuk ke Raudhah ada yang dipermudahkan ada juga mengalami kesulitan. Pengalaman saya pula, apabila pintu dibuka memang semua berkejaran nak masuk ke dalam Raudhah sebelum pintu ditutup. Suasana memang tak terkawal bertolak-tolak dan berhimpit-himpit. Saya hampir terpisah dengan emak dan kakak. Syukur Alhamdulilah akhirnya dapat solat di hadapan mimbar Nabi di dalam Raudhah berkarpet hijau.

Solatlah bergilir-gilir minta orang lain tolong hadangkan atau buat bulatan agar tidak terpijak oleh jemaah dari negara lain. Pesanan daripada saya solat sunat 2 rakaat dan berdoalah sepuasnya tetapi jangan terlampau lama bagi peluang kepada orang lain nescaya Allah akan memberi peluang lagi kepada anda untuk masuk dan berdoa didalam Raudhah.


Akhirnya nawaitu saya didengari dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Syukur alhamdulilah. Memang niat saya dari Malaysia lagi untuk menemui Rasulullah dan berdoa di dalam Raudhah. Kebetulan sebelum menjejaki ke sini saya uzur. Sedikit gusar jika tidak dapat masuk ke Raudhah. Perancangan Allah itu indah, doa saya didengari oleh-Nya. Seribu kelegaan apabila keluar dari Masjid Nabawi. Kenangan paling indah untuk dikenang.


Sebelum pulang ke hotel kami sempat singgah ke manara jam di hadapan pintu masuk utama Masjid Nabawi. Di sini banyak burung merpati. Seeloknya bagilah makan pada burung-burung ni. Dapat pahala tau!!!!! Tengok gambar ni burung merpati sedang berterbangan hehee...

Hari ketiga , keempat dan kelima ziarah ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Makam Para Nabi Syuhada , Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain.


Makam Para Nabi Syuhada


Masjid Quba



Ladang Kurma


Jabal Uhud


Jabal Uhud


Jabal Uhud

Hari keenam merupakan hari terakhir di Madinah. Hari ini, kami dibawa ke sebuah taman. Disitu seorang ustaz menceritakan kisah para nabi dan kami juga berdoa untuk kesejahteraan mereka disitu. Tempat terakhir kami ke perkarangan Masjid Nabawi untuk mengucapkan selamat tinggal. 


TIPS 
  1. Buatlah persediaan dari segi fizikal dan mental seperti hikking , senaman atau ke gym sebagai persediaan disana nanti. Di Madinah dan Makkah banyak menggunakan tenaga dan berjalan.
  2. Bawa bekal sunglasses , air mineral dan jacket dapat memudahkan perjalanan anda disana. 
  3. Lebih mudah memakai mini telekung , stoking tebal dan selipar jepun sahaja. 
  4. Di Masjid Nabawi terdapat banyak pintu, tak silap hampir 45 pintu. Pastikan anda catit nombor pintu yang anda masuk dan keluar pintu yang sama agar tidak tersesat.
  5. Begitu juga dengan kasut / selipar. Masukkan ke dalam uncang kasut dan letak di rak kasut. Catit nombor di rak kasut tersebut agar mudah mencarinya. 
  6. Jubah, kurma dan sebagainya boleh beli di Madinah. Harganya lebih murah berbanding di Makkah. Boleh tawar harga....pak Arab very-very sporting. " Untuk Adik Manis tak pe bagi murah banyak mana pun....untung saya masa tu :)". Jaga-jaga pak Arab kat sana semuanya sweet talker .
  7. Jangan lupa pakai tag yang disediakan agensi. Jika tersesat tanya dan tunjuk pada penjual di kedai hotel dekat mana macam yang kami buat ketika 2 hari terawal disana. Tak tahu kenapa boleh lost sedangkan senang je nak cari hotel :( memang bagi pengalaman sungguh disana.



Semoga perjalanan ini diberkati oleh-Nya....Ameen Ya Rabi Alamin

Jumpa di entry lain di Makkah Al Mukaramah......









PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...