Umrah Musim Sejuk


Assalamualaikum semua.....ramai yang bertanya dan meminta ceritakan pengalaman saya semasa mengerjakan umrah yang pertama di musim sejuk pada 2016 yang lalu. Tapi disebabkan kekangan masa ,niat tersebut asyik tertangguh. Hari ini saya cuba susun semula detik permulaan sebelum sehingga selesainya perjalanan umrah tersebut dengan harapan boleh membantu semua bagi yang akan mengerjakan umrah buat pertama kalinya :)



PERSEDIAAN SEBELUM MENGERJAKAN UMRAH

·                     Persediaan yang pertama yang perlu anda ambil tahu ialah pemilihan agensi pegelola umrah yang akan anda gunakan untuk mengerjakan umrah. Pilihlah agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan Kerajaan Arab Saudi. Semakan boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ini penting bagi mengelakkan dari penipuan umrah yang makin berleluasa.
·                     Pilih pakej yang disediakan oleh agensi pengelola umrah yang dipilih mengikut kesesuaian bajet anda. Contoh yang perlu diambil kira dari segi jarak penginapan hotel dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi yang membawa ahli keluarga seperti ibu bapa dan kanak-kanak.
·                     Anda perlu mengambil gambar untuk pemprosesan visa untuk mengerjakan umrah. Sekurang-kurangnya 4 keping gambar visa. Ramai yang silap gambar visa dan gambar passort adalah sama. Sebenarnya adalah berbeza.
·                     Suntikan vaksin bagi jemaah umrah. Ini sangat penting!!!!! Tak ade ni memang tak boleh buat umrah. Bayaran untuk suntikan vaksin ini adalah Rm70. Ada dua suntikan vaksin yang disediakan mengikut harga yang berbeza. Tapi saya ambil yang Rm70. Setelah selesai menerima suntikan vaksin , anda akan dapat kad kuning dan perlu diserahkan kepada agensi pelancongan yang anda telah pilih. Kad ni valid selama 2 tahun. Kalau nak guna pergi India pun boleh hehehee......

       Bahagian Depan
      Kad Suntikan Vaksin untuk  bakal jemaah umrah 

 
Bahagian Dalam
Kad Suntikan Vaksin untuk bakal jemaah umrah

  • Bagi kaum wanita muda yang masih belum berkahwin dan akan mengerjakan umrah anda perlu ada surat sokongan daripada mahram ( ayah atau abang kandung ) . Yang ini sangat penting!!!! Ramai yang tersangkut tak dapat menunaikan umrah kerana tak dapat sediakan surat sokongan dan atas sebab-sebab lain.
  • Untuk mengerjakan umrah , anda perlu membuat persediaan dari segi mental, fizikal dan ilmu pengetahuan. Agensi pengelola umrah anda selalunya akan mengadakan kursus umrah bagi pelanggannya. Sekiranya angensi anda itu jauh, anda boleh mengikuti kursus umrah ditempat anda yang dikelola oleh agensi yang lain atau agensi bebas. Contoh seperti yang saya alami , agensi saya berpusat di Klang dan tiada branch di Kuantan. Oleh sebab kekangan masa saya telah mengambil alternatif lain dengan menghadiri kursus umrah di masjid di Kuantan yang dianjurkan oleh ustaz bebas. Tapi sekurang-kurangnya sekali perlu juga hadir ke kursus yang dianjurkan oleh agensi anda untuk maklumat yang lebih detail semasa perjalanan disana nanti.
  • Walaupun dah hadir ke kursus umrah , kita juga perlu banyak membaca dan membuat rujukan. Refer pada buku-buku ilmiah dan youtube macam mana pergerakan tawaf yang anda akan buat nanti. Anda boleh praktikan nanti.
       Buku ni sangat bermanfaat dan harus dibaca dan dijadikan panduan bakal jemaah umrah. 
       Harga tak silap Rm 25. Beli ketika mengikuti kursus umrah di Kuantan.

                   Buku ni diberi oleh agensi pengelola umrah iaitu Harmony Excellent

   Bahan rujukan yang lain boleh didapati di kedai buku yang berdekatan anda

Persediaan kelengkapan barang keperluan yang akan dibawa semasa umrah. Yang ini saya akan bagi tips dan senaraikan keperluan yang perlu disediakan pada intri yang lain.

PERJALANAN MADINAH KE MEKAH

Kota Mekah , Al Mukarramah " Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah" assalamualaikum wbt Berjumpa lagi d...