KOTA MADINAH , AL MUNAWARRAH
" Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah"
assalammualaikum w.b.t
Ketemu lagi kita disini. Sedikit perkongsian mengenai umrah musim sejuk pada entry kali ini. Entry sebelum ini , saya telah kongsikan persediaan yang dilakukan sebelum mengerjakan umrah bagi yang pertama kali ke sana. Di sini saya panjangkan perkongsian ketika berada di Kota Madinah pula. Kota Madinah terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W di dalam Masjid Nabawi. Kota Madinah bagi saya sangat istimewa penuh dengan ceritanya tersendiri yang perlu digali dan dijadikan panduan didalam kehidupan seharian.
King Abdul Aziz International Airport
Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan sebelum sampai di Madinah akhirnya saya dan family tiba dengan selamat di King Abdul Aziz International Airport. Perjalanan mengambil masa 8 jam untuk sampai ke Jeddah. Kami menaiki pernerbangan dari Kuala Lumpur - Maldives - Jeddah pada pukul 10.00 malam 15 Disember 2016.
King Abdul Aziz International Airport
Ketika di Malaysia pernah juga mendengar cerita daripada sahabat dan saudara tentang imegresen Arab Saudi ni. Macam-macam ragam yang mereka lalui. Pengalaman saya pula, setibanya turn di imegresen hampir-hampir tersangkut jugak huhu...banyak songeh sungguh pak arab ni. Puncanya pada pasport saya ada cop imegresen negara Korea Selatan yang baru dicop pada bulan Mac yang lepas. Syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan. Lepas akhirnya.......
King Abdul Aziz International Airport
Perjalanan diteruskan dengan menaiki bas yang disediakan pihak agensi umrah untuk ke Madinah. Kami dibahagikan kepada 4 buah bas yang dikonduk oleh mutawwif dan mutawwifah. Sempat juga beli air dan makanan sementara menunggu bas tiba.
King Abdul Aziz International Airport
Sehingga ke hari ini saya rasa masih bermimpi dapat menjejakkan kaki ke sini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana menjemput saya menjadi tetamu Allah ketika usia masih muda. Inilah masanya untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah dan rasulnya. Ketika dijemput menjadi tetamu Allah , saya tetapkan nawaitu dan berserah segala-galanya kepada Allah.
Sepanjang perjalanan ke Madinah kami berhenti di sebuah tempat ala-ala rnr kalau di Malaysia. Saya tak ingat tempatnya nama apa. Disitu terdapat stesen minyak dan tempat makan nasi arab. Kami sempat membeli buah anggur dan makan disitu. Hampir 4 jam perjalanan kami tiba di Hotel Dar Al-Eiman Al-Manar. Sebenarnya kami geram jugak dengan sikap pemandu bas ni....time driving sebelah tangan pegang stereng , sebelah tangan lagi berbalas whatsapp. Sekejap ke kanan , sekejap ke kiri....itu satu hal memang terasa perjalanan kami paling lama. Hah !!!!! memang sahlah kami yang paling lewat tiba di hotel. Hanya mampu sabar jelah.. mujur ada tazkirah kisah nabi daripada mutawwif sepanjang jalan taklah boring sangat.
Hotel Dar Al-Eiman Al-Manar
Tiba di hotel kami makan tengahari dahulu disebabkan waktu itu sudah hampir pukul 3.00 petang. Memang agak sesak jugalah suasana di dewan makan ketika itu oleh kerana pertembungan dengan jemaah umrah dari negara lain . Ini semua salah driver bas ituu haha.....tak pelah kami redha je. Tak baik merungut-rungut di sini. Memang perlu banyak bersabar. Hotel ini memang best hospitalitinya. 100 meter dari Masjid Nabawi. Fasiliti pun not bad bertaraf 4 bintang. Syukur Alhamdulilah.
Hotel Dar Al-Eiman Al-Manar
Cuaca di Madinah sejuk bila tiba waktu petang hingga ke malam. Ala-ala cuaca di Cameron Highlands. Kene bawa jacket atau sweater. Tak perlu bawa baju tebal-tebal sangat. Usai makan tengahari kami naik ke bilik hotel untuk berehat dan solat sebelum bersiap-siap untuk solat Maghrib di Masjid Nabawi.
Di bahagian luar Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah
Kali pertama menjejaki Masjid Nabawi , masyallah sesungguhnya saya amat kagum dengan kebesaran Allah. Masjid Nabawi mempunyai dua bahagian solat. Anda boleh solat di bahagian luar dan boleh solat di bahagian dalam. Hari pertama, kami solat di bahagian luar. Angin sepoi-sepoi bahasa gituuuu....Banyak sebenarnya nak bagi tips berdasarkan pengalaman kali pertama nanti diakhir entry saya tulis tips yang mungkin boleh anda jadikan sebagai panduan juga.
Bahagian dalam Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah
Haah !!! nampak tak tuuu banyak air zam zam dalam botol besar. Best sangat hari-hari dapat minum air zam zam. Free of charge tau !!!!! Anda bawa botol kosong sahaja dan boleh minum. Tapi jangan keliru tau...di bahagian luar Masjid Nabawi ada sediakan botol besar juga sama macam botol air zam zam tu tapi itu bukan air zam zam cuma air biasa untuk mengambil wuduk dan membasuh kaki.
Bahagian dalam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarrah
Saya bagi sedikit tips yea....azan akan dilaungkan sebanyak 2 kali di Madinah dan Makkah. Berbeza di negara kita , Malaysia. Jangan risau tau masa azan pertama dilaungkan masih boleh bergerak cepat-cepat dari hotel ke Masjid Nabawi. Solat akan bermula selepas azan kedua. Di sini boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada orang yang meninggal dunia. Selalunya selepas solat, imam akan terus menunaikan solat jenazah. Anda kene prepare dan alert semua tu.
Masjid Nabawi , Madinah Al Munawarrah
Kawasan luar Masjid Nabawi sangat cantik apabila payung dibuka , malangnya sewaktu saya pergi payung tersebut tengah diselenggara. Tak dapat dibuka. Frustrated lah sikit. Tak de rezeki . Hari kedua, kami keluar solat subuh pada pukul 4.00 pagi. Usai solat subuh kami pulang ke hotel untuk breakfeast dan pada pukul 9.00 pagi kami gerak ke Masjid Nabawi untuk masuk ke Raudhah.
Maqam Nabi Muhammad S.A.W
Di sinilah terletaknya Raudhah yang bermaksud taman. Raudhah merupakan salah satu ruangan di dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa di taman-taman syurga ini. Ia disebut sebagai taman-taman syurga di dalam Hadis Riwayat Bukhari nombor 1196. Disini juga terletak makam Nabi Muhammad S.A.W. dibawah kubah hijau.
Ada jemaah yang tidak mengetahui cara untuk ke raudhah di bahagian KARPET HIJAU di kawasan yang dikenali sebagai taman syurga. Bau karpertnya sangat wangi. Disini adalah tempat yang mustajab untuk berdoa.
Bagi kaum hawa yang nak masuk ke Raudhah terdapat waktu tertentu sahaja yang dibenarkan masuk. Waktu paling panjang ialah selepas subuh hingga pukul 11.00 pagi, di antara 1.00 tengahari dan 3.00 petang serta dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
Pelbagai cerita saya dengar untuk masuk ke Raudhah ada yang dipermudahkan ada juga mengalami kesulitan. Pengalaman saya pula, apabila pintu dibuka memang semua berkejaran nak masuk ke dalam Raudhah sebelum pintu ditutup. Suasana memang tak terkawal bertolak-tolak dan berhimpit-himpit. Saya hampir terpisah dengan emak dan kakak. Syukur Alhamdulilah akhirnya dapat solat di hadapan mimbar Nabi di dalam Raudhah berkarpet hijau.
Solatlah bergilir-gilir minta orang lain tolong hadangkan atau buat bulatan agar tidak terpijak oleh jemaah dari negara lain. Pesanan daripada saya solat sunat 2 rakaat dan berdoalah sepuasnya tetapi jangan terlampau lama bagi peluang kepada orang lain nescaya Allah akan memberi peluang lagi kepada anda untuk masuk dan berdoa didalam Raudhah.
Akhirnya nawaitu saya didengari dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Syukur alhamdulilah. Memang niat saya dari Malaysia lagi untuk menemui Rasulullah dan berdoa di dalam Raudhah. Kebetulan sebelum menjejaki ke sini saya uzur. Sedikit gusar jika tidak dapat masuk ke Raudhah. Perancangan Allah itu indah, doa saya didengari oleh-Nya. Seribu kelegaan apabila keluar dari Masjid Nabawi. Kenangan paling indah untuk dikenang.
Sebelum pulang ke hotel kami sempat singgah ke manara jam di hadapan pintu masuk utama Masjid Nabawi. Di sini banyak burung merpati. Seeloknya bagilah makan pada burung-burung ni. Dapat pahala tau!!!!! Tengok gambar ni burung merpati sedang berterbangan hehee...
Hari ketiga , keempat dan kelima ziarah ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Jabal Uhud, Makam Para Nabi Syuhada , Ladang Kurma dan Masjid Qiblatain.
Makam Para Nabi Syuhada
Masjid Quba
Ladang Kurma
Jabal Uhud
Jabal Uhud
Jabal Uhud
Hari keenam merupakan hari terakhir di Madinah. Hari ini, kami dibawa ke sebuah taman. Disitu seorang ustaz menceritakan kisah para nabi dan kami juga berdoa untuk kesejahteraan mereka disitu. Tempat terakhir kami ke perkarangan Masjid Nabawi untuk mengucapkan selamat tinggal.
TIPS
- Buatlah persediaan dari segi fizikal dan mental seperti hikking , senaman atau ke gym sebagai persediaan disana nanti. Di Madinah dan Makkah banyak menggunakan tenaga dan berjalan.
- Bawa bekal sunglasses , air mineral dan jacket dapat memudahkan perjalanan anda disana.
- Lebih mudah memakai mini telekung , stoking tebal dan selipar jepun sahaja.
- Di Masjid Nabawi terdapat banyak pintu, tak silap hampir 45 pintu. Pastikan anda catit nombor pintu yang anda masuk dan keluar pintu yang sama agar tidak tersesat.
- Begitu juga dengan kasut / selipar. Masukkan ke dalam uncang kasut dan letak di rak kasut. Catit nombor di rak kasut tersebut agar mudah mencarinya.
- Jubah, kurma dan sebagainya boleh beli di Madinah. Harganya lebih murah berbanding di Makkah. Boleh tawar harga....pak Arab very-very sporting. " Untuk Adik Manis tak pe bagi murah banyak mana pun....untung saya masa tu :)". Jaga-jaga pak Arab kat sana semuanya sweet talker .
- Jangan lupa pakai tag yang disediakan agensi. Jika tersesat tanya dan tunjuk pada penjual di kedai hotel dekat mana macam yang kami buat ketika 2 hari terawal disana. Tak tahu kenapa boleh lost sedangkan senang je nak cari hotel :( memang bagi pengalaman sungguh disana.
Semoga perjalanan ini diberkati oleh-Nya....Ameen Ya Rabi Alamin
Jumpa di entry lain di Makkah Al Mukaramah......
No comments:
Post a Comment