Bandar Seri Begawan , Brunei Darussalam
" The more that you learn the more places you'll go".
Hai !!!!! Hari ini nak share trip ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Trip kali ini atas urusan kerja. Sambil bekerja saya ambil peluang untuk berjalan-jalan juga disini. Trip ke sini selama 6 hari 5 malam. Banyak pengalaman dikutip melalui trip kali ini. Kebetulan tahap kesihatan tidak memuaskan. Hari pertama tiba demam dan batuk.
TIPS
- Bawa pen untuk isi declaration form dalam flight nanti.
- Segala bahan liquid hendaklah simpan di dalam luggage. Tidak boleh bawa hand carry. Imegresen di sini sangat ketat.
- Elakkan membawa transkrip atau bacaan berunsurkan keagamaan seperti tafsir. Ini kerana isi kandungan mungkin berbeza. Ada syarat-syarat tertentu yang perlu diikut sekiranya hendak membawa ke sini.
- Bawa kelengkapan ubat seperti panadol , ubat batuk , ubat selsema dsb.
- Pengangkutan utama disini ialah kereta dan bas. Motosikal jarang digunakan disini.
- Hari Jumaat adalah hari cuti umum dan rakyat Brunei akan keluar menziarahi kubur dan mengadakan tahlil dirumah.
- Di Brunei tidak boleh merokok di semua tempat kalau merokok akan kena denda $300.
Declaration Form yang perlu diisi di dalam flight
Bas di Brunei Darussalam
Hari pertama , tiba di Brunei kami check-in di hotel terlebih dahulu sebelum ke destinasi seterusnya. Oleh sebab kesihatan saya tidak baik saya hanya berehat di hotel sahaja. Di Bandar Seri Begawan tidak ada aktiviti malam dan hiburan. Kebetulan trip kali ini bertembung dengan majlis Hari Keputeraan Sultan Brunei. Bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Brunei terdapat night market selama seminggu.
Night Market
Night Market
Hari kedua , selesai urusan kerja kami singgah di rumah salah seorang kenalan yang tinggal di Brunei. Orang-orang Brunei sangat-sangat baik dan friendly. Pelbagai jenis makanan disediakan untuk meraikan tetamu dan hari hampir petang kami pulang ke hotel untuk rehat.
Hari ketiga , saya berkunjung ke Brunei History Center. Disini banyak info tentang asal usul bangsa di dunia. Seterusnya saya berkesempatan ke Royal Regalia Museum. Disini pelawat hendaklah menanggal kasut dan memakai selipar yang telah disediakan. Muzium ini terletak di sebelah Pusat Sejarah Brunei. Saya melihat banyak alat-alat kebesaran diraja yang dahulu sehingga sekarang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Saya berkesempatan melihat pakaian dan mahkota diraja, gantungan gambar di dinding yang diberikan sebagai cenderamata, hasil daripada lawatan rasmi Sultan ke luar negara.
Royal Regalia Museum
Royal Regalia Museum
Royal Regalia Museum
Royal Regalia Museum
Royal Regalia Museum
Brunei History Centre
Brunei History Centre
Hari keempat ,kami ke Utama Grand Mall. Actually , barangan yang dijual di import dari negeri Sarawak , Sabah dan Indonesia. Harga pun boleh tahan mahalnya. Saya sekadar cuci mata saja disini. Hari ini, dibawa ke sebuah restoren yang menghidangkan makanan tradisional iaitu ambuyat. Ambuyat ni diperbuat dari tepung ubi kanji dan dimakan bersama sayur dan kuah asam pedas. Sedap!!!!!
Utama Grand Mall
Ambuyat
Ambuyat
Hari kelima , kami berkunjung ke Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima , Kampung Ayer dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Disebelah malam , kami dijemput makan ke sebuah restoren makanan arab yang dikendalikan oleh rakan. Di bahagian atasnya terdapat pameran lukisan.
Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima
Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima
Makam Sultan Bolkiah Raja Brunei Yang Kelima
Kampung Ayer
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Pameran Lukisan
Hari keenam , flight awal pagi dan kami tiba di KLIA 2 dalam tengah hari. Brunei Darulsalam semoga jumpa lagi di masa akan datang.
Jumpa di next entri :)
No comments:
Post a Comment