Ho Chi Minh City , Vietnam
"A journey of a thousand miles must begin with a single step"
Assalammualaikum . Hari ini nak share trip ke Ho Chin Minh City , Vietnam selama 7 hari 6 malam. Hah !!! agak lama juga trip kali ini dan agak puas jugalah duduk disini lama-lama. Mungkin 4 hari 3 malam is very flexsible to holiday at here. Trip kali ini berlima dengan family dan seorang rakan. Menaiki kapal terbang Air Asia kami selamat sampai pada pukul 2.20 petang di International Airport Saigon.
TIPS
- Bawa bekalan makanan kering seperti Maggie , biskut, serunding daging dan sambal ikan bilis dari Malaysia kerana harga makanan di sini agak mahal. Kenapa mahal??? Bahan mentah dan halal meat sukar didapati disini dan terpaksa diimport sebab itu harga makanan sangat mahal.
- Bawa international plug.
- Jaga handbang , duit dan barang berharga anda sewaktu berjalan-jalan di sekitar Pasar Ben Thanh. Kawasan ini adalah kawasan hot spot penyeluk saku.
- Sekiranya tidak mengambil tourist guide, pastikan ada maps , buku nota kecil dan pen. Mostly masyarakat di Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris. Agak sukar untuk berkomunikasi.
- Public transport yang selalu digunakan adalah teksi. Pastikan anda mengambil Teksi Vinasun tagnya berwarna hijau. Teksi ni amatlah dipercayai kerana menggunakan meter yang sah.
- Perbezaan waktu di Ho Chin Minh City lewat sejam dari waktu Malaysia.
International Airport Saigon
Setibanya kami di International Airport Saigon , kami dijemput oleh anak saudara Hajah Basiroh iaitu pemilik kedai telekung dan kain pasang yang pernah menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa di Malaysia sekitar tahun 1997. Kami dibawa ke kedai Hajah Basiroh terlebih dulu sebelum gerak ke kedai makan. Di kedai Hajah Basiroh pelbagai jenis kain telekung dan kain pasang dijual dengan harga yang reasonable. Boleh dapat diskaun if borong banyak-banyak. Check-in di Hotel Boss 2 berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Rest dan solat. Malam kami dinner di VN. Halal Restoren berhampiran dengan hotel. Selepas makan kami berjalan ke Night Market berhadapan dengan pasar Ben Thanh. Kebetulan jumpa dengan retis Malaysia malam tu. Dia bawa rombongan fans berjalan-jalan ke Vietnam.
Kedai Telekung Hajah Basiroh
Bersama Hajah Basiroh pemilik kedai telekung
Hotel Boss 2
VN. Halal Restoren
(ihsan Google)
Night market di hadapan pasar Ben Thant
( ihsan Google )
Destinasi hari kedua ke Sungai Mekong. Hari kedua ,kami hanya bersarapan yg ringan2 shj disbbkn kami telah
disediakan sarapan pagi semasa melawat Sg.Mekong yg telah disediakan oleh
Hjh.Basiroh.Kami diberitahu oleh Karim, ada warga Malaysia yg akan mengikuti
kami ke Sg.Mekong.Kami bertuah bertemu dgn Fiza sekeluarga secara tak langsung memeriahkan lagi suasana di dalam bas. Perjalanan ke
Sg.Mekong mengambil masa 2 jam. Hah , kalau korang nak tau pengangkutan utama di sini ialah
menggunakan motor & sekuter.
Hon adalah perkara wajib yg akan selalu akan dengar ketika diatas jln
raya...." Ping pon , Ping Pon"..ada satu ketika bagai tercabut
jantung rasanya apabila pemandu teksi main redah sahaja diatas jalan raya. Disini
terdapat trafic light tapi ianya bagaikan tiada fungsi haha. Tak sayang nyawa sungguhlah.....
Suasana diatas jalan raya Ho Chin Minh City
Setibanya di Sungai Mekong, hujan sangat lebat & kami buat pertama kalinya
diberi "rain coat" sebelum naik bot menyusuri Sungai Mekong. Kami diperkenalkan dengan tourist guide di sepanjang lawatan ke
Sungai Mekong yg dikenali sebagai Mrs.Yang yang sangat sporting & tidak
membosankan.
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong mempunyai banyak bahagian yang boleh dilawati...kami dibawa ke
tempat pemprosesan madu lebah tulen, dusun buah longan & menikmati lunch serta buah- buahan yangg disediakan sambil dipersembahkan nyanyian oleh 2
penyanyi dr Vietnam. Mereka menghiburkan kami dengan lagu-lagu Vietnam & Si
Jantung Hati campuran dengan bahasa melayu.
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Kami dibawa menyusuri sungai Mekong dengan
menaiki sampan kecil dan memakai topi ke tempat pemprosesan candy.Selepas itu ,
kami pulang ke jeti menaiki bot dgn menikmati pemandangan sambil minum air
kelapa muda.Mengikut planning awal kami akan melawat Chu Chi Tunnels tempat
askar berteduh di bawah tanah pada zaman perang. Oleh kerana , hujan lebat kami
tidak dibenarkan masuk.
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Sungai Mekong
Hari ketiga, cuaca cerah pd hr tersebut.Ini memudahkan perjalanan kami
ke War Remnants Museum. Dengan menggunakan maps yg disediakan oleh hotel , kami bergerak
dgn menggunakan teksi Vinsson. Pesan dari Karim pilih teksi Vinsson kerana ia
menggunakan meter. Jangan menggunakan teksi lain @ beca kerana mereka menipu dgn
membawa pelancong pusing-pusing bandar Ho Chin Minh & mengenakan charge yg mahal.
Di War Museum, terdapat pelbagai pameran kereta kebal & kapal terbang yang
digunakan pada zaman perang. Disini juga pelbagai sejarah bandar Ho Chin Minh didokumentarikan
untuk tatapan pengunjung.
War Remnants Meseum
War Remnants Meseum
War Remnants Meseum
War Remnants Meseum
War Remnants Meseum
Seterusnya ,kami bergerak dengan berjalan kaki mencari pusat
membeli belah. Alkisahnya , kami sesat dan bila bertanya dengan pemandu teksi semuanya tidak tahu di mana
shopping mall. Sudahnya kami pergi ke pasar siang Ben Thanh cuci-cuci mata dan shopping disitu. Disini penjualnya sangat
garang jika tidak membeli barangan mereka kita akan dimarah. Kira ala-ala serious buyer only macam beli di online. Sini merupakan syurga bagi pelancong yang nak memborong kain cotton. Memang rambang mata hohooo...
Pasar Ben Thant
( ihsan Google )
Pasar Ben Thant
( ihsan Google )
Pasar Ben Thant
( ihsan Google )
Baju Vietnam juga boleh
ditempah disini dalam masa 1 hari nanti tukang jahit akan hantar ke hotel bila baju dah siap.Kami tersesat lagi ketika hendak pulang ke hotel..nasib
baik terjumpa pekerja majlis tourism yang membantu memberi petunjuk jalan pulang ke hotel. Pada sebelah malam kami membeli belah di pasar malam pula sambil minum kopi vietnam yang sangat popular dikalangan pelancong.
Night Market Ben Thant
Hari keempat, kami melawati ke
Hard Rock Cafe berjalan-jalan disekitar kawasan bandar. Misi semalam diteruskan iaitu mencari shopping
mall.Jawapannya tetap hampa.Rupanya shopping mall disana dikenali sebagai "
Parkshen" kalau di Malaysia ialah PARKSON...hahahahaa akhirnya ketemu
jua...sangat-sangatlah besar bangunannya...banyak shopping mall disini bertaraf 5 star
juga...ada yang dipanggil Vincom Mall...kami berjalan disekitar bandar Ho Chin Minh..cantik-cantik dan bersih kawasan persekitarannya...selepas merakamkan gambar
kenangan kami mengunjungi Independence Palace Relief...sangat-sangat tertarik apabila dapat masuk ke sini. Malam kami singgah beli makanan di kedai Hajah Basiroh.
Ho Chin Minh City
Ho Chin Minh City
Independence Palace Relief
Independence Palace Relief
Independence Palace Relief
Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City
Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City
Hard Rock Cafe Ho Chin Minh City
Ho Chin Minh City
Kedai makan Hajah Basiroh
Hari kelima dan keenam kami shopping-shopping dan santai-santai sahaja sebelum berlepas pulang ke Malaysia pada hari ketujuh. Cuaca disini tidak mengizinkan kerap hujan jadi waktu berjalan banyak terbatas. Di lain masa perlu check cuaca sesebuah negara sebelum bercuti.
Last shopping sebelum pulang ke Malaysia di Hajah Basiroh
Lapangan Terbang Ho Chin Minh
jumpa di next entri :)