Assalamualaikum
semua.....ramai yang bertanya dan meminta ceritakan pengalaman saya semasa
mengerjakan umrah yang pertama di musim sejuk pada 2016 yang lalu. Tapi disebabkan kekangan
masa ,niat tersebut asyik tertangguh. Hari ini saya cuba susun semula detik
permulaan sebelum sehingga selesainya perjalanan umrah tersebut dengan harapan
boleh membantu semua bagi yang akan mengerjakan umrah buat pertama kalinya :)
PERSEDIAAN SEBELUM
MENGERJAKAN UMRAH
·
Persediaan yang pertama yang perlu anda
ambil tahu ialah pemilihan agensi pegelola umrah yang akan anda gunakan untuk
mengerjakan umrah. Pilihlah agensi pengelola umrah yang berdaftar dengan
Kerajaan Arab Saudi. Semakan boleh dilakukan dengan melayari portal rasmi
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Ini penting bagi mengelakkan
dari penipuan umrah yang makin berleluasa.
·
Pilih pakej yang disediakan oleh
agensi pengelola umrah yang dipilih mengikut kesesuaian bajet anda. Contoh
yang perlu diambil kira dari segi jarak penginapan hotel dengan Masjidil Haram
dan Masjid Nabawi bagi yang membawa ahli keluarga seperti ibu bapa dan
kanak-kanak.
·
Anda perlu mengambil gambar untuk
pemprosesan visa untuk mengerjakan umrah. Sekurang-kurangnya 4 keping
gambar visa. Ramai yang silap gambar visa dan gambar passort adalah sama.
Sebenarnya adalah berbeza.
·
Suntikan vaksin bagi jemaah umrah. Ini sangat
penting!!!!! Tak ade ni memang tak boleh buat umrah. Bayaran untuk suntikan
vaksin ini adalah Rm70. Ada dua suntikan vaksin yang disediakan mengikut harga
yang berbeza. Tapi saya ambil yang Rm70. Setelah selesai menerima suntikan
vaksin , anda akan dapat kad kuning dan perlu diserahkan kepada agensi
pelancongan yang anda telah pilih. Kad ni valid selama 2 tahun. Kalau nak guna
pergi India pun boleh hehehee......
Bahagian Depan
Kad Suntikan Vaksin untuk bakal jemaah umrah
Bahagian Dalam
Kad Suntikan Vaksin untuk bakal jemaah umrah
- Bagi kaum wanita muda yang masih belum
berkahwin dan akan mengerjakan umrah anda perlu ada surat sokongan daripada
mahram (
ayah atau abang kandung ) . Yang ini sangat penting!!!! Ramai yang
tersangkut tak dapat menunaikan umrah kerana tak dapat sediakan surat
sokongan dan atas sebab-sebab lain.
- Untuk mengerjakan umrah , anda perlu membuat
persediaan dari segi mental, fizikal dan ilmu pengetahuan. Agensi
pengelola umrah anda selalunya akan mengadakan kursus umrah bagi pelanggannya. Sekiranya
angensi anda itu jauh, anda boleh mengikuti kursus umrah ditempat anda
yang dikelola oleh agensi yang lain atau agensi bebas. Contoh seperti yang
saya alami , agensi saya berpusat di Klang dan tiada branch di Kuantan.
Oleh sebab kekangan masa saya telah mengambil alternatif lain dengan
menghadiri kursus umrah di masjid di Kuantan yang dianjurkan oleh ustaz
bebas. Tapi sekurang-kurangnya sekali perlu juga hadir ke kursus yang
dianjurkan oleh agensi anda untuk maklumat yang lebih detail semasa
perjalanan disana nanti.
- Walaupun dah hadir ke kursus
umrah , kita juga perlu banyak membaca dan membuat rujukan.
Refer pada buku-buku ilmiah dan youtube macam mana pergerakan tawaf yang
anda akan buat nanti. Anda boleh praktikan nanti.
Buku ni sangat bermanfaat dan harus dibaca dan dijadikan panduan bakal jemaah umrah.
Harga tak silap Rm 25. Beli ketika mengikuti kursus umrah di Kuantan.
Buku ni diberi oleh agensi pengelola umrah iaitu Harmony Excellent
Bahan rujukan yang lain boleh didapati di kedai buku yang berdekatan anda
Persediaan
kelengkapan barang keperluan yang akan dibawa
semasa umrah. Yang ini saya akan bagi tips
dan senaraikan keperluan yang perlu disediakan pada intri yang lain.